25 Ogos 2013

Ahli DAP Melayu KECEWA Dengan Parti Rasis 'Ultra Kiasu'




Anak kepada bekas Naib Pengerusi DAP, Allahyarham Ahmad Nor melahirkan rasa kecewa berhubung keputusan DAP tidak membenarkan calon baru bertanding dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada 29 September ini.

"Saya kecewa," kata Amran Ahmad dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau yang menawarkan diri untuk bertanding dalam pemilihan tersebut berkata, kekecewaannya bukan sekadar untuk diri sendiri tetapi lebih kepada kemampuan DAP untuk menarik sokongan rakyat yang berbangsa Melayu dalam mendepani suasana politik negara.


"Agak malang apabila DAP tidak mengambil peluang kali ini untuk menambah keanggotaan CEC berbangsa Melayu. Saya kesal kerana DAP tidak mahu mengenengahkan calon baru setelah ahli-ahlinya menolak calon-calon Melayu yang bertanding dalam konvensyen terdahulu.

"Saya berpendapat, kedudukan DAP kian goyah sekiranya parti itu berterusan bergantung kepada undi masyarakat Cina sahaja. Desas-desus makin kuat mengenai kedudukan DAP dalam PR kian tergugat," dakwanya lagi.

Tambah Amran, walaupun memahami keputusan DAP untuk mengadakan pemilihan semula tersebut dalam keadaan 'keterpaksaan', namun DAP sepatutnya mengambil peluang mengukuhkan kedudukan parti dengan mencalonkan lebih ramai calon Melayu ke CEC berbanding hanya lapan orang sebelum ini.

Pada 30 Julai lepas, Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) memutuskan DAP perlu mengadakan pemilihan semula CEC selepas badan itu tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan berhubung dakwaan penyelewengan pengundian dan manipulasi undi membabitkan 547 perwakilan pada pemilihan parti itu 15 Disember lepas.   

Namun begitu, parti itu mendakwa pemilihan berkenaan telah diadakan secara bersih dan kesilapan yang berlaku adalah disebabkan masalah teknikal. Minggu lalu, Pengerusinya, Karpal Singh dalam satu kenyataan berkata, DAP akan mengadakan pemilihan semula CEC bagi mengelakkan pendaftaran parti itu dibatalkan.

Sementara itu, ujar Amran lagi, melihatkan trend keputusan sebelum ini yang menyaksikan kesemua lapan pemimpin DAP Melayu tersingkir mengikut pengiraan undi pada pemilihan lalu sebelum berlakunya pengiraan semula.

Beliau turut menjangkakan ahli-ahli DAP akan memberikan keputusan yang 'serupa' pada 29 September akan datang.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /