Kanak-kanak perempuan berumur lima tahun yang
dipercayai didera oleh ibunya meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi Paediatrik
Hospital Permaisuri Bainun di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum
Chang Keong ketika dihubungi mengesahkan kematian itu.
"Kita sedang menunggu maklumat daripada
pihak hospital berhubung kematian kanak-kanak itu," katanya yang enggan
mengulas lanjut.
Pada 15 Ogos lepas kanak-kanak malang itu
dibawa ke hospital oleh bapanya dalam keadaan cedera pada bahagian kepala dan
seluruh badannya akibat dirotan. Choong Mee Chin, 30, ibu kepada kanak-kanak
tersebut dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan itu dan tidak mengaku
bersalah pada 20 Ogos lepas.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan
menganiaya kanak-kanak itu di kediaman mereka di Taman Wang, Menglembu pada
pukul 9 pagi, 12 Ogos.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan