Menurut Azizah, suaminya ini merupakan 'ANUgerah Tuhan' |
Ketua Pembangkang, Datuk Seri
Anwar Ibrahim seolah-olah mahu menafikan hak pengundi di Permatang Pauh untuk
mengetahui hal sebenar berhubung kandungan surat misteri Bank Leak yang
dikaitkan dengan beliau apabila masih gagal memberi penjelasan mengenai perkara
itu.
Bekas Setiausaha Sulit beliau,
Anuar Shaari melontarkan persoalan sama ada Anwar mahu berselindung di sebalik
laporan polis yang dibuatnya dan terus menyalahkan pihak lain tentang isu itu.
Berikut adalah kenyataan Anuar :
“Saya amat hairan mengapa Anwar
masih berdiam diri hingga kini dalam isu surat misteri BankLeak yang
mendedahkan enam akaun milik beliau.
“Beliau juga gagal untuk memberi
penjelasan menyakinkan kepada pengundi di Permatang Pauh, sebaliknya terus
menyalahkan pihak lain tentang isu ini. Beliau seolah-olah mahu menafikan hak
pengundi yang mahu tahu kebenaran dalam kandungan surat misteri tersebut.
“Adakah Anwar mahu berselindung
di sebalik laporan polis yang telah beliau buat dengan cubaan menutup mulut
pengundi Permatang Pauh dan rakyat Malaysia amnya.
“Jika beliau sentiasa mencabar
pihak lain bagi mendedahkan kebenaran, inilah kesempatan terbaik menunjukkan
beliau pemimpin yang 'cakap serupa
bikin'. Janganlah bersikap 'putar
alam' dengan cuba mengalihkan isu pokok yang berkaitan dirinya.
“Saya juga ulangi cabaran kepada
Anwar agar memberi kebenaran bertulis kepada Bank Negara Malaysia untuk media
dan pihak berkuasa menyiasat dan mendedahkan kandungan surat misteri itu jika
beliau tiada apa yang mahu disembunyikan.
“Ini kerana rakyat Malaysia amat
teruja untuk mengetahui hasil siasatan surat misteri tersebut bagi membolehkan
mereka menilai pemimpin 'anugerah Tuhan'
itu” tegas Anuar Shaari.
Kesimpulannya Anwar sudah “kecut telur” berhubung isu ini,
sama-sama kita saksikan drama dan sandiwara ‘Bapa Penipu Negara’ ini dalam berdepan dengan isu Bank Leak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan