Ada teman yang berbisik di telinga Miss J
tentang pelakon cilik yang seorang ini, Elfira Loy. Hembusan bisikan teman Miss
J itu bukan biasa-biasa tapi tak ubah seperti ribut taufan. Semuanya selepas
dia bertembung dengan Elfira baru-baru ini. Ingatnya pada pertemuan itu teman
Miss J boleh bersembang dan bertanyakan khabar sebab dah bertahun lamanya tak
berjumpa.
Tetapi agak menyedihkan apabila Elfira
berlalu pergi tanpa berbalas senyuman atau bersalaman dengan teman Miss J yang
banyak berjasa pada saat-saat awal kemunculannya satu ketika dulu. Jadi teman
Miss J itu pun terasa sebab dia tak menyangka macam mana Elfira boleh jadi
macam begitu. Sebab masa awal dahulu dia pernah berjanji pada teman Miss J
untuk tidak lupa diri.
Nak kata Elfira tak perasan kehadirannya, tak
juga sebab tak ramai orang yang ada di tempat itu pada masa itu. Tapi teman
Miss J lebih sedih apabila teringatkan janji yang diukir Elfira sebelum popular
dulu. Elfira kata dia tak nak cepat lupa diri. Macam mana orang kenali dia yang
ramah pada ketika itu, macam itulah dia pada masa akan datang.
Dah namanya manusia, mudah lupa. Jadi janji
yang diukir sebelum ini hanya tinggal janji. Elfira yang pada hari ini
sememangnya berbeza dengan yang lama. Apatah lagi sewaktu orang nak guna bakatnya
pada hari ini. Banyak tawaran berlakon di sana sini. Dan dengan itu Elfira
dengan mudah melupakan orang-orang yang pernah berjasa dan susah bersama
dengannya satu ketika dulu.
Miss J hanya mendengar saja luahan teman Miss
J itu. Jauh sekali nak menilai sebab kena dapatkan penjelasan daripada Elfira
sebelum membuat penilaian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan