Seorang bangsa Jepun di New York sedang
menjual suatu produk baru, yang dikenali sebagai ‘Kucing Bonsai’. Apa yang
orang Jepun ini buat ialah memadatkan seekor anak kucing ke dalam balang atau
botol yang diperbuat daripada kaca. Kemudian,
dua batang straw akan dimasukkan ke dalam balang itu melalui dua lubang kecil yang
ditebuk di atas penutup balang itu. Tujuan dua straw itu ialah satu untuk
memberi makanan kepada anak kucing itu, dan satu lagi untuk mengeluarkan
najisnya.
Untuk memastikan anak kucing itu membesar dan
mengikut rupa dan saiz balang atau botol itu, dia akan memberi anak kucing itu
makan sejenis dadah yang akan menjadikan tulangnya lembut, supaya badannya
mudah untuk mengikut bentuk dalaman balang itu. Dia hanya akan berhentikan
pemberian makanan dadah ini sekiranya anak kucing itu mati.
Adakah penganiayaan dan penzaliman seperti
ini dapat dihentikan? Anak kucing itu pasti tidak boleh bergerak di dalam
balang itu, apatah lagi untuk membersihkan badannya, dan langsung tak boleh
membuat apa-apa. Kalau dia menjerit sekalipun, siapa yang akan mendengar
jeritan batinnya di dalam balang itu?
Barangan yang zalim seperti ini telah
dipasarkan secara meluas di serata New York, Indonesia dan New Zealand.
Apa yang lebih menyedihkan ialah, dia
menganiaya haiwan yang tidak dapat mempertahankan diri mereka. Padahal masih
banyak lagi objek lain yang boleh dikomersialkan… Bukan menzalimi benda hidup
seperti anak-anak kucing itu!
Kami benar-benar mengharap penganiayaan
seperti ini dapat dihentikan secepat mungkin. Jika ‘kucing bonsai’ seperti ini
menjadi trend baru dan setiap orang ingin membelinya, tiada apa lagi yang dapat
kami katakan lagi jika unsur-unsur kemanusiaan sudah hilang dalam sanubari
manusia itu sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan