Nampaknya dua penerbit filem
popular Malaysia ini sering bercanggah pendapat sekarang. Berikutan kenyataan
yang dikeluarkan oleh penerbit dan pengarah Ahmad Idham yang menyalahkan FINAS
diatas kejatuhan kutipan filem tempatan, nampaknya kini giliran David Teo pula
bersuara untuk membidas kenyataan itu dan mempertahankan badan tersebut.
“Janganlah menuding jari kepada
FINAS apabila filem tidak dapat sambutan. Saya harap produser atau pengarah
dapat membetulkan diri. Saya meletakkan kesilapan pada produser itu sendiri
sekiranya penonton tidak berminat menonton filem mereka, bukan salah FINAS,
pawagam, penonton atau media. Strategi pemasaran tidak menjadi juga adalah
sebabnya.
“Jangan jadi produser filem
sekiranya tidak bersedia mengambil risio mengalami kerugian. Sekiranya tidak
mahu rugi, lebih baik simpan saja duit dalam simpanan tetap di bank atau beli
bangunan tiga tingkat sebagai pelaburan. Setiap bulan boleh kutip kadar faedah
dan keuntungan.” jelas David Teo.
Menurut David Teo lagi, sesebuah
perniagaan pastinya mempunyai untung dan rugi. Setiap filem yang dihasilkan
mestilah menepati selera rakyat Malaysia dan bukannya filem yang syok sendiri.
“Saya cukup kesal dengan
kenyataan Idham. Sebelum ini dia ahli lembaga FINAS. Dulu, masa dia di FINAS
dia tidak buat apa-apa cadangan untuk bantu filem. Dulu dia dapat duit
berjuta-juta ringgit daripada rebat dan skim insentif FINAS tidak pula
bising-bising. Saya harap Idham sedar diri!
“Kenyataan Idham yang mempertikai
dan merendahkan FINAS, malah mencadangkan lebih baik FINAS ditutup saja kalau
tidak mampu memikul amanah kerajaan adalah kenyataan yang cukup tidak
bertanggungjawab. Idham boleh diumpamakan kacang lupakan kulit selepas mengaut
keuntungan berjuta-juta. Sebagai bekas
ahli lembaga FINAS, Idham seharusnya mempertahankan FINAS”, jelasnya lagi.
Sering sahaja kelihatan di
Twitter akan konflik antara dua penggiat filem tempatan ini. Tapi kita buat tak
nampak ajelah dulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan