Akhbar Nanyang Siangpau bertarikh
23 Ogos, melalui ruangan Pendapat YuanLun memaparkan nukilan penulis bebas,
Chew Siew Siang berkenaan pejuang di dalam UMNO. Pemerintahan pakatan
pembangkang di Kedah dengan kedegilan dan pentadbiran melawan arus oleh Pas,
PKR pula tidak dapat mempertahankan serta DAP tiada kekuatan, maka rakyat
terpaksa kembali kepada UMNO.
Ada yang ambil kesempatan bangkit
kembali ketika keadaan sedang teruk, di mana Datuk Mukhriz anak Tun Dr.
Mahathir Mohamad memungut saki baki sokongan itu menjadi tonggak kekuatan diri,
pergunakan keadaan itu untuk hebahkan ke seluruh negara bahawa orang Melayu
undi UMNO, bukan kerana UMNO kuat tetapi kerana orang Melayu tidak sukakan
pakatan pembangkang.
Jika benar orang Melayu tidak
sukakan pakatan, kenapa pembangkang peroleh lebih 50 peratus undi (seluruh
negara)? Bukankah itu bermakna baru menang sedikit sudah terlalu ghairah?
Dr. Mahathir memahaminya lebih
jelas lagi. Usia pemimpin-pemimpin UMNO semakin hari semakin tua, beliau
berkedudukan tinggi di zaman itu sehingga turun daripada jawatannya tetapi
masih tidak mahu tinggalkan bekas lubang jamban yang bau busuk itu.
Nama-nama mereka dinaikkan sejak
zaman pemerintahan Dr. Mahathir, selepas zaman Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad
Badawi) masih lagi kekal berjawatan, tiada sebarang kemajuan. Mereka masih lagi
pantang melihat orang cerdik pandai dan tekan orang-orang golongan cerdik
pandai. Akhirnya, golongan orang cerdik pandai ini kembali ke kampung halaman
mereka, tetapi kemudian dianggap sebagai golongan orang-orang berpendidikan
rendah yang masuk parti Pas.
Hari ini, golongan doktor,
peguam, jurutera serta pensyarah-pensyarah di universiti tidak dapat masuk ke
dalam pintu-pintu sempit UMNO dan mereka juga tidak nampak masa depan untuk
berada di sana kerana sudah tentu pandangan mereka tidak dapat direalisasikan
di situ.
Masuk parti Pas, tidak semestinya
ada kepentingan, tetapi sekurang-kurangnya keadaan boleh secara berterusan
menjadi teruk dan kita dapat hidupkan perjuangkan Kristian yang sepatutnya
mampu terus dikembangkan.
Masuk UMNO semata-mata mahukan
kuasa dan duit. Dr. Mahathir yang berfikiran begitu teliti dan jelas, setiap
hari cakap yang bukan-bukan, sebaliknya beliau telah lupa pemikiran orang-orang
hari ini yang masuk UMNO kerana mereka hanya mahukan kepentingan, tetapi
sebenarnya siapakah yang menjadi penciptanya"?
Sejak zaman Tunku sehingga ke
zaman Tun Hussien Onn, rakan seperjuangan UMNO memperjuangkan nasib kaum, agama
dan negara sebagai perjuangan utama mereka. Pada zaman pemerintahan Dr.
Mahathir, mulanya penswastaan projek-projek kerajaan untuk membangunkan
ekonomi, mencipta banyak projek dan ramai kroni-kroni.
Barulah timbulnya
pemimpin-pemimpin UMNO kerana ada sesuatu tujuan maka berebut-rebut jawatan.
Pemimpin di peringkat cawangan sehingga peringkat Bahagian berharap dapat
berjuang dalam parti untuk diri sendiri, sehingga banyak yang telah salah guna
kuasa dan berlaku penyelewengan. Semua dan segala ini dicipta di zaman Dr.
Mahathir, kini kita mahu burukkan siapa pula?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan