31 Ogos 2013

Tindakan @anthonyloke DAP Akhirnya Makan Diri




Tindakan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook yang masih enggan mengemukakan sejumlah 500 surat salinan asal yang ditandatangani para perwakilan DAP kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) dilihat akan memakan diri.

Ahli jawatankuasa Pas bahagian Balik Pulau, Mohd. Firdaus Mohd. Essa berkata, Anthony perlu membuktikan kebenaran terdapat ahli DAP yang menerima notis mesyuarat tetapi tidak dapat hadir dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) 15 Disember tahun lalu.

Menurutnya, perkara itu bagi menjaga kredibiliti parti tersebut daripada dilabel sebagai pembohong oleh masyarakat.


"Anthony bertanggungjawab menjaga air muka DAP kerana beliau berjanji mendedahkan surat-surat tersebut untuk pengetahuan semua.

"Jika masih enggan berbuat demikian, beliau seharusnya mengakui kesalahan yang dilakukan seterusnya meletak jawatan," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Pemimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim yang mencabar Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Anthony mengemukakan salinan surat asal tersebut kepada ROS dalam tempoh terdekat.

Dalam masa sama, Mohd. Firdaus menambah, DAP perlu bertanggungjawab menjaga maruah dan imej pemimpin pembangkang supaya tidak terus dimalukan disebabkan hal dalaman parti itu.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /