Presiden Pertubuhan Peribumi
Perkasa (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali menafikan dengan sekeras-kerasnya sebarang
kaitan PERKASA dengan kenyataan oleh Ketua Wiranya yang mahukan Perdana Menteri
meletakkan jawatan. Malah Ibrahim menyifatkan kenyataan itu lebih kepada
bersifat peribadi.
“Saya nafi dengan keras,” katanya.
Ahad lepas Ketua Wira Perkasa,
Irwan Fahim Ideris dalam satu artikel di blognya irwanfahmi.blogspot.com
menyuarakan harapan supaya Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan ekoran
gagal menguruskan negara dalam pelbagai aspek. Ibrahim berkata beliau akan
meminta Irwan membuat penjelasan dalam mesyuarat minggu depan.
“Apapun, itu blog peribadinya dan
tidak ada kena mengena dengan Perkasa. Saya akan minta Irwan buat penjelasan
dalam Mesyuarat Ahli Dewan Tertinggi Perkasa minggu depan, mohon jangan
dikaitkan dengan Perkasa,” katanya.
Sementera itu, Timbalan Presiden
Perkasa Datuk Abdul Rahman Bakar juga akan menemui Irwan untuk mendapatkan
penjelasan lanjut.
“Saya tidak tahu Wira Perkasa ada
kuasa yang begitu besar untuk paksa Perdana menteri meletak jawatan,” katanya
yang dipetik dalam laman blog dinturtle.blogspot.com.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan