Selepas berjaya menghasilkan filem
kontroversi berjudul Nasi Lemak 2.0, Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee
mengarahkan pula sebuah filem berunsur gengster yang menggabungkan tiga kaum
terbesar, Hantu Gengster. Ternyata rezeki memang berpihak kepadanya apabila
kedua-dua filem ini mendapat pungutan yang tinggi jika di banding dengan filem
tempatan yang lain. Nasi Lemak 2.0 sahaja sudah mendapat kutipan sebanyak RM7
juta.
Terbaru, filem arahan ketiganya, Kara King
pula menjengah panggung awal bulan lalu. Filem ini merupakan filem terbesar
bagi Namewee apabila dijangka ditayangkan di beberapa negara Asia. Bukan itu
sahaja, filem ini juga dikatakan turut akan ditayangkan di Kanada. Memang pada
dasarnya penghasilan serta perjalanan filem ini boleh dibanggakan kerana ia
filem "buatan Malaysia".
Namewee sememangnya satu nama yang "terkenal" di Malaysia, bukan
semata-mata kerana penghasilan filemnya malahan melalui kontroversi yang
dicipta untuk menyampaikan agendanya. Tidak mahu pergi jauh mengenai filem ini
sekadar babak pertama sahaja kita sudah faham apa yang pengarah ini ingin
sampaikan.
Seawal babak pertama filem ini sahaja sudah
ada agenda tersendiri apabila Namewee (anak kepada Ng Mang Tat) kencing di tepi
jalan. Selepas cuba merasuah polis, Namewee pusing badannya ketika kencing dan
air kencingnya terkena pada pakcik dan makcik yang Melayu, yang sedang
menunggang motosikal.
Apa yang ingin disampaikan oleh Namewee
terhadap babak ini? Rasuah dan air kencing (kurang ajar) kepada orang Melayu,
adakah ini sememangnya budaya orang Cina di Malaysia?
Sekiranya ada filem Melayu yang memaparkan
perkara seumpama ini, semestinya ada sahaja pihak yang tidak berpuas hati akan
memperbesarkan isu ini sehingga ditunda ke beberapa tarikh seperti yang berlaku
terhadap filem Tanda Putera arahan Suhaimi Baba sebelum ini.
Perkara ini seakan-akan menjadi bahan lawak
bagi Namewee sedangkan ini adalah satu cara baginya untuk menunjukkan rasa
ketidakpuasan hatinya terhadap orang Melayu. Perbuatan ini memanglah satu lawak
baginya namun isu ini bukanlah satu isu yang boleh dipandang kecil.
Walaupun sudah merangkul anugerah Best Asian
New Director di Osaka, Jepun, janganlah dijadikan anugerah itu sebagai tiket
untuk menghasilkan filem sampah
seumpama ini. Bukan menaikkan isu rasis namun, inilah kenyataan yang dibawakan
oleh anak muda yang berasal dari Muar, Johor ini.
Melalui Kara King yang dikatakan bercita-cita
ditayangkan di beberapa negara luar ini, sememangnya akan membawa imej Malaysia
yang terpesong di luar sana. Penonton luar akan menganggap apa yang dipaparkan
dalam filem tersebut adalah Malaysia padahal itu hanya agenda pengarahnya.
Malaysia yang digambarkan dalam filem Kara
King didominasi oleh kaum Cina. Walaupun ada diselitkan beberapa watak Melayu
dan India namun secara keseluruhannya ini adalah Cina. Ini dijangka akan
merintis fenomena baru di mana filem tentang bukan Melayu yang mendominasi
negara ini.
Kebiasaannya filem yang sudah siap perlu
melepasi Lembaga Penapisan Filem (LPF) terlebih dahulu sebelum ditayangkan.
Namun adegan Cina kencing Melayu terlepas dari tapisan LPF seperti terlepasnya
filem kontroversi The New Village. Kemungkinan besar LPF masih "buta" dalam membaca wacana dalam
setiap filem. Adakah terlalu sukar untuk membaca agenda Namawee yang menghina
orang Melayu dalam filem ini? Adegan Melayu dikencing Cina dilepaskan dan
adakah ini tidak difikirkan oleh LPF?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan