16 Jun 2014

DEMO MEMAKAN COKLAT CADBURRY

Isu Haram Halal
KUALA LUMPUR 15 Jun-Kementerian Kesihatan didesak agar menjalankan siasatan mengapa ujian keputusan ke atas sampel Cadbury tercemar dengan DNA babi hanya diumumkan tiga bulan selepas ujian dijalankan.

Presiden Ikatan Aktivis Siber Malaysia, Md. Faizal Ahmad menegaskan adalah tidak masuk akal keputusan ujian yang memberi kesan besar ke atas umat Islam itu hanya diumumkan hanya selepas tiga bulan ujian dibuat.

“Mengapa keputusan ujian DNA babi ke atas coklat Cadbury diketahui pada bulan Februari tetapi diumumkan pada bulan Mei. Bagaimana jika coklat itu benar-benar tercemar dan bayangkan jumlah yang telah dimakan oleh umat Islam?

“Kita juga mahu penjelasan mengapa kementerian tidak menjalankan ujian kedua bagi mengesahkan penemuan awal,” tegas Md. Faizal.

Md. Faizal bercakap kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas mendengar penjelasan daripada Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Hub Halal, Jabatan Kemajuan Islam (Jakim), Muhammad Naim Mohd. Aziz berkaitan isu coklat keluaran Cadbury. 

Majlis penerangan itu turut dihadiri blogger daripada MyKMU.Net dan Suara.TV.

“Selepas mendengar penerangan dan sesi soal jawab bersama Jakim mengenai pensijilan halal, kami yakin kaedah yang diguna pakai adalah yang terbaik.

“Kami yakin dan percaya dengan keputusan status halal Jakim dalam isu coklat Cadbury ini dan mereka tidak akan mengkhianati amanah dan kepercayaan yang diberikan umat Islam,” kata Md. Faizal.

Selepas sidang akhbar itu, Md Faizal bersama-sama blogger yang lain menjalankan demo memakan coklat Cadbury. Demo berkenaan bagaimanapun tidak disertai oleh pegawai Jakim berkenaan.-UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /