11 Jun 2014

MIHUN ISTEMEWA CAP MASJID TIDAK HALAL

klang mee hooon3
Petaling Jaya – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada Selasa menafikan mengeluarkan sijil dan logo halal yang sah kepada pengusaha produk ‘Bihun Istimewa’ menggunakan lambang masjid  keluaran sebuah syarikat yang beroperasi di ibu negara. 

Jakim menafikan pengiktirafan halal yang diberikan selepas gambar yang menjijikan seorang lelaki tanpa baju yang dipercayai sedang membungkus mihun jenama berkenaan tersebar di laman sosial.

IMG20140610WA0020

Sehubungan itu, Pengarah Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusof menegaskan,  syarikat berkenaan tidak pernah diberikan sijil halal daripada Jakim seperti yang tertera pada produknya. 

Jakim dengan ini menegaskan bahawa syarikat tersebut bukan pemegang sijil pengesahan halal Malaysia. Mereka juga tidak pernah mempunyai sijil halal yang sah daripada Jakim,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu. 

Bagaimanapun Hakimah berkata, oleh kerana produk tersebut mengguna logo halal Jakim pada pembungkusan produknya, Jakim akan mengambil tindakan  mengikut Akta Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011. 
 
“Jakim telah mengambil maklum hal ini dan pihak kami sedang menyiasat lanjut perkara ini,” katanya. 

Sejak pagi Selasa, beberapa keping gambar menjijikan memaparkan pengusaha mihun menggunakan lambang ‘masjid’ tersebar di blog dan laman sosial. 
 
Ia memaparkan aksi pekerja asing bukan Islam sedang membungkus mihun berkenaan dengan suasana kedai yang kotor dan menjijikan. 

Rata-rata pengguna melahirkan kebimbangan mereka terhadap status halal produk berkenaan. 

warga asinng 23

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /