23 Jun 2014

KEADAAN REMAJA OKU SEMAKIN PULIH


Untitled (2)
SEREMBAN: Keadaan remaja orang kelainan upaya (OKU) yang ditemui dalam keadaan menyedihkan di Flet Taman Semarak, Nilai, pagi semalam, kini semakin pulih. 

Remaja berusia 15 tahun itu, Muhammad Firdaus Dullah dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban, semalam dan kini menerima rawatan pemulihan. 

Pengarah Imigresen negeri, Faizal Fazri Othman, yang melawat remaja itu, hari ini, berkata keadaan remaja itu lebih terurus. 

Katanya, rambutnya digunting hingga nipis, perut tidak lagi kempis kerana diberi makan dan lebih tenang. 

“Doktor dan jururawat memberi rawatan dengan penuh kasih sayang,” katanya kepada wartawan selepas melawat remaja berkenaan. 

Faizal berkata, remaja berkenaan juga memberi tindak balas apabila namanya dipanggil.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /