12 Jun 2014

DIESEL RM2 JUTA DI ROMPAK

suara tv by mohamad 12-6-2014 (2)
BINTULU: Enam lanun mengambil masa sembilan jam untuk memindahkan 1 juta liter diesel bernilai RM2 juta daripada kapal MT Budi Mesra Dua di kawasan 78 batu nautika dari perairan Tanjung Batu, di sini, Sabtu lalu.

Dalam kejadian jam 11.30 malam, enam lanun bersenjatakan parang memanjat dan menawan kapal berdaftar di Singapura itu sebelum bertindak menahan serta mengikat 22 anak kapal dan mengurung mereka di dalam kabin.

Menurut sumber, pada jam 12.30 malam, sebuah lagi kapal dipercayai tongkang menghampiri MT Budi Mesra Dua dan mengepam 1 juta liter diesel yang dibawa kapal berkenaan.

Katanya, kerja memunggah diesel mengambil masa kira-kira sembilan jam apabila difahamkan lanun bersama tongkang terbabit meninggalkan kapal itu pada jam 9.30 pagi, Ahad lalu.

“Semua anak kapal yang ditawan diikat dengan tali dan dikurung ketika proses pemindahan diesel dilakukan menyebabkan mereka tidak mengetahui jenis kapal dan tongkang yang digunakan lanun terbabit.

“Difahamkan, lebih 10 suspek terbabit dalam kejadian itu,” katanya.

Sumber berkata, lanun terbabit dipercayai warga asing berdasarkan dialog percakapan mereka sebagaimana didengari anak kapal berkenaan.

Katanya,kerja memunggah diesel mengambil masa kira-kira sembilan jam apabila difahamkan lanun bersaa tokang terbabit meninggalkan kapal itu pada jam 9:30 pagi,Ahad lalu.

Semua anak kapal yang ditawan diikat dengan tali dan dikurun ketika proses pemindahan diesel dilakukan menyebabkan mereka tidak mengetaui jenis kapal dan tokang yang digunakan laun untuk memunggah diesel yang disamun tersebut.

Difahamkan lebih 10 suspek terbabit dalam kejadian itu dan mengikut sumber bahawa lanun yang terbabit dipercayai warga asing berdasarkan dialog percakapan mereka sebagaimana didengari anak kapal berkenaan.

Selain diesel penyamun juga turut melarikan baranggan peribadi anak kapal,bagaimanapun tidada kecederaan dilaporkan terjadi.

Laporan kejadian itu dilaporkan di Labuan pada jam 10 malam,Ahad lalu,sebaik kapal itu itu berlabuh disana,”katanya.Pegawai penyiasat kini beraa Labuan untuk mengambil keterangan semua anak kapal selain menadakan gerakan emburu suspek sekitar perairan Bintulu.

Sementera ituKetua Penguakuasa Wilayah Sarawak Laksamana Pertama Maritim Ismail Bujang Pit ketika dihubungi enggan mengulas lanjut kerana sisatan masih lagi dijalankan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /