“Gambar-gambar lama tu saya akan delete (padam), tapi ianya akan makan masa berminggu-minggu (tanpa kerja atau buat kerja lain) …kerana ianya adalah gambar dari tahun 2010/2011 sehingga sekarang, jadi bukan satu dua gambar, tapi beribu-ribu,” kata beliau di Facebook.
“Buat masa ni saya masih tidak stabil dari segi kewangan, dan perlu tumpukan perhatian dalam kerja, selain daripada luangkan masa untuk belajar mengenai agama Islam,” tambah beliau lagi.
Menurut Yeap, gambar-gambar lama beliau merupakan bukti perubahan dirinya dan diharap menjadi sumber inspirasi kepada orang ramai.
“Diminta janganlah ‘Like’ gambar-gambar lama tu. Yang itu (gambar) adalah dulu, saya sekarang dah bertaubat,” ujarnya lagi.
Yeap juga berharap peminat tidak terlalu mendesak dan tekanan dari orang ramai berkurangan.
Rata-rata respon peminat menyarankan Yeap bersabar dengan dugaan yang melanda
“Be strong Felixia Yeap. Kadangkala ALLAH hilangkan mentari… kemudian Dia datangkan guruh…puas kita menangis… mencari mana mentari kita… rupa-rupanya ALLLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah.
Oleh itu sabarlah duhai insan, ada kemanisan disebalik kepahitan. InsyaALLAH..” antara respon pelayar yang membaca luahan hati bekas model tersebut.
“Pada yang di luar sana jangan menilai manusia itu dari kisah silamnya. Islam itu mudah, jangan kita susahkan dan sukarkan pada mereka yang ingin mengenal Islam.
Cermin diri kita sendiri yang sedia Islam, adakah kita sudah menjadi contoh pada mereka? Ramai di luar sana yang sedia Islam dan lahir dalam Islam yg masih ‘bertelanjang’ auratnya..kenapa tidak menegahnya?
Berilah kesabaran anda pada Felixia Yeap agar dia terus kuat,” tulis seorang lagi peminatnya.
Untuk rekod, Yeap pernah menyatakan yang tidak akan membuang gambar lamanya atas sebab ianya hasil kerja keras beliau semenjak berkecimpung dalam bidang peragaan pada 2005.
“Juga sebagai peringatan mengapa saya memilih untuk berhijab,” katanya di dalam blog beliau dalam sebuah entri bertarikh 16 Disember.
Yeap yang merupakan bekas model Playboy Bunny mula berhijab akhir Disember tahun lalu. Semenjak dari itu, dia aktif dalam memperagakan busana Muslimah dan terlibat dalam beberapa program diskusi agama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan