Orang-orang Melayu bakal mendapat
berita gembira pada 14 September ini kerana Perdana Menteri akan mengumumkan
Polisi Ekonomi Bumiputera bagi memperhebat penyertaan bumiputera dalam ekonomi
negara ini. Polisi yang bakal diumumkan di hadapan 5,000 orang di Dewan Agong
UiTM Shah Alam dijangka akan memberi
tumpuan kepada pendidikan, pekerjaan dan peluang perniagaan kepada bumiputera.
Perdana Menteri juga akan
menegaskan komitmen kerajaan dalam merangka strategi dan program intervensi,
termasuk pendekatan baru bagi memantapkan ekonomi bumiputera di negara ini.
Pengumuman ini sekali gus
menjawab semua kritikan yang menuduh kerajaan tidak memberi perhatian serius
kepada agenda bumiputera. Ternyata kerajaan tidak pernah meminggirkan
bumiputera, tetapi terus komited untuk merapatkan jurang ekonomi antara kaum.
Komitmen Perdana Menteri ini
mampu memberi harapan baru kepada orang-orang Melayu yang meragui kepimpinan
berikutan perkembangan politik semasa yang banyak mengguris hati dan tidak
memihak kepada orang-orang Melayu.
Penghinaan terhadap agama Islam
dan juga kes-kes jenayah yang menjadi-jadi akibat tunduk kepada desakan pembangkang
untuk menghapuskan Akta EO dan ISA telah membuatkan orang-orang Melayu melihat
kerajaan sebagai mengkhianati sokongan mereka selama ini.
Malah, orang-orang Melayu turut
mengaitkan kebiadapan kaum lain menghina Islam dan Melayu sebagai berpunca dari
sikap kerajaan yang sanggup memaafkan Namewee suatu ketika dahulu. Hari ini, sudah dua tiga video dibuat oleh
Namewee untuk menghina Melayu, tidak termasuk filem The New Village yang
menyanjung komunis.
Semua ini membuatkan orang-orang
Melayu melihat kerajaan sebagai lemah kerana terlalu tunduk kepada kaum lain
dan juga pembangkang. Bertitik-tolak dari itu, orang-orang Melayu mempersoal
dasar keterbukaan kerajaan dalam mengendalikan GLC dan hal-hal lain yang
berkaitan Melayu.
Bagaimanapun, perkembangan
terbaru ini membuktikan bahawa segala keraguan orang-orang Melayu adalah tidak
berasas. Hakikatnya, kerajaan tidak
pernah meminggirkan orang-orang Melayu dalam apa jua segi dan tindakan kita
mengundi BN dalam PRU yang lalu adalah tepat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan