28 Ogos 2013

Pelakon Nelydia Senrose Belum Sedia Untuk Bergelar Isteri




Aktres yang mula dikenali menerusi drama bersiri "Spa Q", Nelydia Senrose mengaku tidak bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan dalam usia yang begitu muda.

"Memang saya mengaku belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri. Bukannya mudah, banyak perkara yang harus kita tahu dan faham mengenai tanggungjawab seorang isteri.


"Namun tidak ada masalah untuk mempelajarinya jika jodoh saya sudah sampai. Cuma kalau boleh saya inginkan sedikit masa untuk mematangkan diri," ujar kekasih kepada pengacara dan pelakon Qi Razali.

Adik kepada pelakon baru Uqasha Senrose ini turut berkata, dia bersyukur kerana Qi, 35, memahami situasinya dan pernah berbicara tentang masa depan mereka.

Sementara itu, Nelydia bakal muncul dalam siri "Strawberi & Karipap" yang akan mula bersiaran di Astro Ceria pada 1 September ini setiap Ahad, jam 11 pagi bersama Zizan Nin, Nur Fathia, Sein, Mia Sara dan Rykarl Iskandar.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /