Pelakon dan pengacara, Zizan Nin menjelaskan
isu yang timbul gara-gara penangguhan tayangan filem terbaru lakonannya, 'Tanda Putera' merupakan tuduhan dan
lemparan daripada orang yang belum lagi menyaksikan filem tersebut.
"Filem
'Tanda Putera' ini ceritanya berkisarkan sejarah. Apabila sudah
ditonton, sebenarnya tak ada apa-apa pun. Cuma isu itu timbul akibat tuduhan
dan lemparan yang diberikan oleh orang lain tanpa melihat filem ini terlebih
dahulu. Kami barisan pelakon dan tenaga produksi langsung tak cipta apa-apa
kontroversi. Saya juga amat bersyukur akhirnya filem ini diluluskan untuk
tayangan," jelas Zizan ketika ditemui di Majlis Tayangan Filem Tanda
Putera di The Gardens, Kuala Lumpur.
Mengulas mengenai cabaran yang ditempuhinya
sepanjang menjayakan filem ini, Zizan memberitahu yang proses persiapan filem
ini agak besar.
"Cabaran memang banyak, apa-apa projek
sekalipun ada cabarannya tersendiri. Tetapi ini merupakan projek filem, jadi
proses persiapannya agak besar. Kami melalui proses latihan lakonan selama tiga
bulan, jadi sepanjang waktu tersebut, saya asingkan diri dari dunia luar. Pihak
produksi memberikan latihan yang menakjubkan. Seawal 10 pagi latihan sudah
bermula. Kadang-kadang berlarutan sehingga ke jam 2.00 pagi," cerita hero
drama bersiri 'Ku Milikmu' ini.
Dalam perkembangan lain, Zizan telah mula
menjinakkan diri dengan kerja-kerja di belakang tabir iaitu selaku Penerbit
Eksekutif. Zizan telah terlibat dalam pembikinan drama bersiri 'Fatamorgana'
untuk siaran RTM. Ujar Zizan, minat sebenarnya lebih kepada bidang penulisan.
Selain bergiat sebagai Penerbit Eksekutif untuk drama 'Fatamorgana', cerita
asal drama itu adalah daripada Zizan sendiri. Selepas ini, Zizan ada
perancangan untuk menghadiri bengkel penulisan dan sebagainya untuk
memperkemaskan lagi kebolehannya.
Zizan juga bakal muncul dalam drama bersiri
'Opah' untuk siaran RTM dan drama 'Strawberi & Karipap' menerusi siaran
Astro Warna.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan