Kita tidak faham kenapa ada yang
takut dengan sejarah sedangkan sejarah adalah sejarah, iaitu perkara yang
lepas. Kalaupun kita mempunyai sejarah
silam yang gelap, namun, jika kita sudah menginsafinya dan meminta maaf maka ia
tidak seharusnya menghantui kita lagi. Sebaliknya, kita akan bersedia bercakap mengenai sejarah tersebut
sebagai peringatan kepada diri sendiri dan pengajaran kepada orang lain.
Malangnya, di negara ini ada
pihak yang takut benar dengan sejarah negara sendiri. Berbagai-bagai usaha dilakukan mereka untuk
menafikan dan mengubah sejarah tersebut.
Apabila sejarah itu difilemkan, pihak ini benar-benar meroyan,
terlompat-lompat tidak keruan cuba menghalang orang ramai menontonnya. Itulah yang berlaku kepada Filem Tanda Putera
arahan Datuk Shuhaimi Baba, yang memaparkan sejarah 13 Mei 1969.
DAP yang menjadi petualang dalam
tragedi 13 Mei tidak senang duduk apabila filem ini masuk ke panggung hari
ini. Bagi melepaskan geram, laman web
pro-PR iaitu Negara Pakatan Rakyat menganggap sesiapa yang menonton filem
tersebut sebagai tolol.
Laman web tersebut juga
menyarankan agar artis-artis seperti Faizal Tahir dan Ahmad Idham tampil
membela keputusan Lim Guan Eng untuk mengharamkan filem itu dari ditayangkan di
Pulau Pinang. Alasannya ialah, PR perlu
menjaga hati orang-orang Cina yang memberi sepenuh sokongan kepada parti itu
dalam PRU-13 yang lalu.
Tindakan Guan Eng mengharamkan
filem ini di Pulau Pinang hanya mengukuhkan lagi imejnya sebagai diktator yang
menyekat kebebasan media. Lebih dari
itu, ia juga membuktikan betapa Guan Eng, DAP dan PR tidak punya semangat
nasionalisme kerana enggan menghayati sejarah negara.
Dengan sikap membisu PAS yang
mewakili Melayu di dalam PR, terhadap tindakan Guan Eng, ia turut membuktikan
bahawa PAS adalah pengkhianat bangsa kerana menyokong pihak yang membunuh
bangsa sendiri.
Sekiranya PR ikhlas dan matang
dalam berpolitik, filem Tanda Putera tidak mungkin menjadi kontroversi.
Seharusnya, PR menggalakan rakyat
menonton filem yang jujur memaparkan sejarah negara dan bukannya
menghalangnya. Sebuah parti pembangkang
yang matang tidak akan sekali-kali menonjolkan diri sebagai pengkhianat
sepertimana PR, sebaliknya akan memaparkan diri sebagai pencinta negara yang
lebih lagi bagi menyaing kerajaan. Jelas
PR tidak bijak kerana tidak mampu menutup sifat rasis DAP sehingga
memperjudikan sokongan rakyat.
Walaubagaimanapun, atas dasar
ini, rakyat Malaysia wajar melihat kebebalan PR sebagai satu hikmah kerana ia
memudahkan kita membuat pilihan antara yang baik dengan yang tidak, atau pihak
yang benar dan yang salah.
Kesimpulannya, yang tolol ialah
PR, DAP dan Guan Eng bukannya para penonton Tanda Putera
Tiada ulasan:
Catat Ulasan