06 September 2013

KDN Dedah 3 ‘KEPALA’ Kumpulan Kongsi Gelap




Polis menahan 4,806 orang daripada 122,255 orang yang diperiksa sehingga 6 pagi tadi sejak Ops Cantas Khas dijalankan Ogos lepas di seluruh negara bagi membanteras kongsi gelap dan individu yang terbabit dengan jenayah berat. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Datuk Abdul Jalil Hassan berkata dalam operasi itu, sebanyak 221 senjata turut dirampas termasuk senjata api dan senapang angin buatan sendiri.

“Tangkapan dilakukan atas pelbagai kesalahan antaranya memiliki senjata api dan orang yang dikehendaki bersabit kesalahan jenayah termasuk yang dipercayai menganggotai kumpulan kongsi gelap.


“Kita turut merampas sebanyak 10 pucuk senjata api, senapang angin buatan sendiri (10 laras), pistol tiruan (3), senapang buatan (10), slug peluru (11), kelopak peluru (1), pedang (21), pisau (68), parang (45), kapak (6),  batang besi (12), buku lima (9), kayu panjang (4), kerambit (7), spanar hidup (3) dan golok bersarung (1),” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Abdul Jalil berkata daripada 75,575 kenderaan yang diperiksa pula, sebanyak 222 daripadanya dikenal pasti sebagai kenderaan curi iaitu kereta sebanyak 115, motosikal (83) dan lain-lain (24).

Sementara itu sumber Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendedahkan ‘kepala’ tiga kumpulan kongsi gelap iaitu 04, 08 dan 36 masih aktif di kawasan masing-masing.

Kumpulan 04 yang turut dikenali sebagai Tiram Sasi di Johor, Sungai Way Sugu (K.L), Green Line Samy (Pulau Pinang), Prai Bala (Pulau Pinang) dan Langkap Sasi (Perak dipercayai terlibat dalam kes tembak di Kampar Perak melibatkan anak dan bapa), Selvam (Batu Gajah) yang dipercayai mempunyai kelab 04 di Taman Perdana Batu Gajah, Ragu (Ayer Tawar), Sudha (Sitiawan).

Kumpulan 08 juga dikenali sebagai Indren di Pulau Pinang, Jiva (Pulau Pinang), Dark (KL), Siva Guru (Kuala Lumpur), Muthu (Ipoh), Skey (Johor), Shoby (Kuala Lumpur) dan Gobi (Kuala Lumpur).

Kumpulan 36 dikenali sebagai Cendol Kanna (Kuala Lumpur), Ratenan (Kuala Lumpur), Devan (`kepala’ 36 Kuala Lumpur yang juga jutawan dan pembekal dadah), Kajang Balan (Kajang dan orang kanan bagi Devan), Seremban Denial (Seremban), Pelai (Taiping yang terlibat dalam kes tembak di Relau melibatkan seorang lelaki yang pernah ditahan di bawah Langkah-langkah Pencegahan Khas dari Taiping berpunca daripada masalah dadah dan sama kumpulan dengan bekas tentera ditembak sebelum ini), M.G  Buntong (Perak), Satia (Perak), Kajang Kalai (Kajang dipercayai orang rapat dengan Devan), Santhanem (Kuala Lumpur), Ulu Tiram Api (Johor Baharu), Rama (Johor Baharu), Sadam (Butterworth), Satish (Butterworth), Arvin (Kulim), Avi @ Avinash (Kulim dan Kuala Lumpur) dan Alavanthan (Kulim).

Ops Cantas Khas bermula 17 Ogos lepas bagi membanteras kongsi gelap dan individu terbabit jenayah berat di seluruh negara setelah jenayah keganasan melibatkan pembunuhan, rompakan, rogol dan pergaduhan dilaporkan meningkat termasuk pembunuhan dan cubaan bunuh golongan berprofil tinggi.

KDN sebelum ini mengharamkan 49 kongsi gelap yang menjalankan kegiatan memudaratkan ketenteraman awam seperti sindiket pengedaran dadah, memeras ugut, membunuh, menimbulkan pergaduhan antara pertubuhan kongsi gelap dan huru-hara.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /