Seorang bekas ahli
kumpulan nyanyian popular pertengahan 2000 dihukum penjara 20 tahun dan 10 kali
sebatan oleh Mahkamah Seksyen di sini hari ini selepas disabitkan bersalah
merogol anak tiri berusia 14 tahun di rumah mereka, di Gombak Februari tahun
lalu.
Hakim Nor Hazani
Hamzah mengarahkan hukuman terhadap tertuduh yang berusia 38 tahun itu berjalan
mulai hari ini.
Bagaimanapun mahkamah
membenarkan tertuduh untuk menangguhkan hukuman penjara sehingga rayuan selesai
di Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan, tertuduh
didakwa melakukan kesalahan berkenaan di sebuah rumah di Taman Gombak Jaya di
sini, pada pukul 9 pagi, 9 Februari 2012.
Tertuduh didakwa
mengikut Seksyen 376 (2) (d) yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan
sebatan, jika disabit kesalahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan