14 September 2013

Remaja Malaysia Diumpan Dengan Harta Sertai Syiah




Mudah termakan umpan apabila dijanjikan pelbagai kemudahan dan harta benda. Itu antara punca golongan belia mudah terpengaruh dengan ajaran Syiah. Mufti Negeri Kedah, Datuk Muhamad Baderuddin Ahmad berkata, faktor ajaran syiah yang membenarkan perkahwinan mutaah juga menjadikan golongan muda mudah tertarik dengan ajaran itu.



Terdahulu beliau merasmikan penutup seminar menangani isu-isu Syiah di Malaysia, peringkat Institusi Pengajian Tinggi, IPT Zon Utara, Di Bandar Darulaman, Jitra, Kedah. Seminar itu dianjurkan oleh Jabatan Mufti Negeri Kedah dengan kerjasama universiti utara Malaysia, UUM.

Golongan muda, katanya perlu mempunyai ilmu yang kental dan kefahaman yang mendalam mengenai ajaran Syiah yang terpesong serta tidak mudah terjebak. Seramai 100 pelajar IPT awam menyertai seminar dua hari ini. Dengan pengisian kertas kerja mengenai bahaya ajaran Syiah yang disediakan Universiti Utara Malaysia, angkatan Belia Islam Malaysia dan Majlis Agama Islam Kedah.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /