01 Ogos 2013

Courts Edar Kalimah Syahadah Terbalik?


KUALA LUMPUR - Courts Malaysia memohon maaf kepada semua umat Islam atas pengedaran risalah promosi Hari Raya Courts yang mengandungi kalimah syahadah yang dicetak terbalik dua hari lalu.

Menurut Pengarah Urusan Negara Courts Malaysia, Allard Sjollema, pihaknya tidak berniat untuk menyalahgunakan atau menyinggung perasaan mana-mana pihak atas penggunaan kalimah syahadah di dalam risalah berkenaan.

"Ia adalah kekurangan pihak kami yang kurang arif dalam penggunaannya. Kami menyesali kejadian ini dan mengambil iktibar untuk lebih prihatin di masa hadapan," katanya menerusi kenyataan akhbar yang dihantar kepada Sinar Harian semalam.

Kata beliau, pihaknya telah ambil tindakan berhentikan edaran risalah tersebut dan meminta lebihan risalah yang belum diedarkan agar dikembalikan selain memastikan penggunaannya dalam mana-mana format diberhentikan.

"Pada masa hadapan kami akan mendapat nasihat daripada Jabatan Agama Islam, jika ada penggunaan tulisan jawi dalam mana-mana bahan kami," katanya.

Selain itu, beliau turut berterima kasih atas maklum balas dan teguran yang diterima daripada pelbagai pihak mengenai perkara tersebut.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /