Mahkamah Rayuan
bertempat di Kompleks Istana Kehakiman Putrajaya yang bersidang hari ini sejak
jam 9 pagi tadi ditangguhkan. Difahamkan keputusan akan diumumkan pada satu
tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Keputusan ini akan
diumumkan panel tiga hakim yang diketuai YA Dato Seri Mohamed Apandi Hj Ali bersama dengan dua lagi YA Dato Abdul
Aziz Abdul Rahim dan YA Dato Mohamad Zawawi Salleh.
Pada 22 Ogos lalu,
Mahkamah Rayuan telah menolak permohonan Titular Roman Catholic Archibishop of
Kuala Lumpur bagi membatalkan rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah
Tinggi membenarkan sebuah akhbar mingguan Katolik The Herald menggunakan
kalimah Allah.
Gereja Katolik itu
yang diketuai Tan Sri Murphy Pakiam sebelum ini telah memfailkan permohonan
semakan kehakiman pada 16 Februari 2010 dengan menamakan Kementerian Dalam
Negeri dan kerajaan sebagai responden bagi memohon deklarasi bahawa keputusan
KDN melarang penggunaan kalimah Allah dalam The Herald adalah tidak sah.
Dalam pada itu,
sebanyak 9 perayu telah mengemukakan rayuan bagi menolak kalimah Allah daripada
digunakan oleh orang bukan Islam di negara ini.
Antara perayu ialah
Kerajaan Malaysia, Kementerian Dalam Negeri,
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu, Majlis Agama Islam
Wilayah Persekutuan (MAIWP), Majlis Agama Islam Johor, Majlis Agama Islam
Kedah, Majlis Agama Islam Melaka, Majlis Agama Islam Selangor dan Malaysian
Chinese Muslim Association.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan