Setelah industri
hiburan dikejutkan dengan berita penyanyi kumpulan Mojo, Aweera yang diisytihar
muflis, tiba-tiba muncul isu penyanyi kelahiran Akademi Fantasia musim kedua,
Farah Anuar yang didakwa muflis menerusi sebuah keratan akhbar.
Menurut keratan
akhbar tersebut yang tersebar di laman internet, nama sebenar Farah iaitu Farah
Diana Binti Anuar sama dengan apa yang tertera dalam keratan akhbar tersebut.
Tarikh lahirnya juga sama seperti yang diketahui oleh umum iaitu 25 Januari
1985. Alamat dalam keratan akhbar itu juga memaparkan yang Farah tinggal di
Putrajaya, sama seperti yang diketahui oleh khalayak ramai.
Wartawan portal
hiburan GUA cuba menghubungi Farah untuk mendapatkan penjelasan lanjut
seterusnya mengesahkan perkara ini sendiri dari pihak Farah. Malangya Farah
gagal dihubungi. Panggilan tersebut dijawab oleh seorang wanita yang menyatakan
Farah tiada disitu, lalu panggilan terputus. Apabila dihubungi sekali lagi, panggilan
tersebut langsung tidak berjawab.
Sebelum ini, Farah
pernah dikaitkan dengan kes panjang tangan namun begitu penyanyi lagu ‘Tangisan
Dalam Kerinduan’ ini menafikan perkara tersebut.
Artikel
Berkaitan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan