Keadaan mangsa yang melekat dan tersepit di bahagian cermin hadapan kereta dalam kemalangan pagi, semalam. Gambar kecil: Tangan kanan mangsa yang putus. |
Seorang warga emas
maut dalam keadaan mengerikan akibat tangan kanan mangsa putus selepas terlibat
dalam kemalangan di sini, semalam. Siew Yoke Kow, 77, di sahkan meninggal dunia
di tempat kejadian kemalangan jalan raya itu di Jalan Kamunting - Taiping
berhadapan dengan sebuah bank di sini, kira-kira jam 8.20 pagi.
Ketua Polis Daerah
Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah berkata, dalam kejadian terbabit
difahamkan sebuah kereta jenis Proton Perdana yang dipandu oleh seorang lelaki
berusia 29 tahun telah melanggar mangsa yang berjalan kaki dan ingin melintas
jalan.
Beliau berkata,
kereta yang dipandu lelaki terbabit datang dari arah Kamunting dan menghala ke
Taiping.
“Kereta berkenaan
kemudiannya terbabas lalu melanggar pula sebuah motosikal yang berada di lorong
kiri ketika itu,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Yusuf berkata, akibat
kemalangan terbabit, mangsa yang sedang berjalan kaki meninggal dunia di tempat
kejadian.
“Selain itu,
penunggang motosikal, Wan Rosley Ahmad,
51, mengalami cedera ringan manakala isterinya, Zainab Zakaria, 47, mengalami
cedera di tangan dan badan. Kedua-dua mereka dirawat di Hospital Taiping
sebagai pesakit luar. Sementara itu, mangsa yang maut turut di hantar ke
Hospital Taiping untuk bedah siasat,” katanya.
Sementara itu,
seorang saksi yang enggan dikenali berkata, mangsa yang maut mengalami cedera
parah dan tangannya turut putus.
“Difahamkan tangan
kanan mangsa yang telah putus dan jatuh di atas jalan raya akibat daripada
kemalangan terbabit,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan