08 September 2013

KJ TIBAI Anwar Lagi @anwaribrahim @Khairykj




Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin hari ini membidas kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penubuhan kabinet bayangan pakatan pembangkang. Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, Anwar tidak perlu memberi jawapan angkuh sekiranya tidak berani mengumumkan kabinet bayangan pakatan pembangkang.

Menurutnya yang dipetik dalam akaun Twitternya pagi tadi, perkara itu turut digesa oleh pengundi “atas pagar” supaya PR mempunyai kabinet mereka sendiri. Kalau tak berani umum kabinet bayangan, cakap sahajalah tak payah bagi jawapan angkuh.


“Ramai pengundi atas pagar desak PR umum kabinet bayangan. Mungkin boleh biarkan permintaan saya, tapi bolehkah biarkan permintaan mereka?,” katanya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /