Gambar yang dimuat naik menerusi akaun Instagramnya |
Pelakon Fouziah Gous
berang apabila gambarnya dikatakan menyerupai dajal dan freemason. Katanya perkara
tersebut tidak perlu diperbesarkan memandangkan masyarakat zaman sekarang
semakin matang dan berpelajaran.
“Kita tahu bahawa
dajal bermata satu. Tapi gambar yang saya edit tu, masih nampak dua anak mata.
Bagi saya, sebagai orang yang berpelajaran dan matang, lebih baik kita sentiasa
berfikiran positif dan hal ini tidak perlu diperbesarkan,” ujarnya.
Fouziah berpendapat
orang yang menghantar komen negatif di gambar-gambar selebriti hanya ingin
mencari isu untuk disensasikan.
“Kalau nak buat isu
tentang artis, carilah isu yang logik sikit,” katanya yang kini sedang sibuk
membuat persiapan perkahwinan.
Terlanjur berbicara
tentang perkahwinan, kata Fouziah, kalau boleh dia ingin berkahwin secepat
mungkin. Namun, masih banyak lagi persiapan yang harus dilakukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan