Siapa
yang tidak tertekan apabila dikaitkan mempunyai skandal dengan isteri orang,
dan itulah yang dialami oleh pelakon popular, Adi Putra. Namun sokongan isteri
tercinta, Aida Yusof dan rakan-rakan menguatkan lagi semangat pelakon filem KL
Gangster 2 itu.
"Mana-mana
manusia pun pasti tertekan. Di sebelah sekarang ini adalah isteri saya,
keluarga dan rakan-rakan yang buat saya rasa tidak tertekan.
"Ini
kerana sudah menjadi lumrah anak seni untuk dibual bicarakan. Kalau saya bukan
dalam dunia selebriti orang tidak akan ambil berat tentang saya,” katanya.
Adi
Putra berkata, kontroversi terbabit tidak sekalipun mengganggu kariernya kerana
beliau menganggap perkara itu adalah ujian yang harus diterima daripada Tuhan.
“Alhamdulillah
secara ikhlas saya rasa ia tidak ganggu aktiviti seni saya kerana apa yang
diputuskan dan rezeki yang diberi itu adalah kuasa ALLAH.
Beliau
mengakui turut memberikan kerjasama kepada pihak polis dengan hadir memberikan
keterangannya untuk membantu siasatan yang sedang dijalankan.
“Saya
memang bekerjasama dan benar saya ada pergi beri keterangan kepada pihak polis
untuk siasatan yang dijalankan. Apa yang saya boleh bantu untuk teruskan
siasatan, saya akan buat dan mudah-mudahan boleh membantu,” katanya.
Artikel Berkaitan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan