Saya
Ada Semua Bukti: Aida
Isteri mana yang
tidak melatah sekiranya suami dikaitkan mempunyai skandal dengan wanita lain,
apatah lagi wanita yang dimaksudkan adalah isteri orang. Namun, sikap
profesional yang ada pada isteri Adi Putra, Aida Yusof, wajar diberi pujian. Bukan
sahaja menasihati suaminya untuk tidak membuat sebarang kenyataan, malah Aida juga
tenang menghadapi dugaan yang mampu menduga kesabarannya itu.
"Tak apa, biar
dia (pengadu) tampil memberikan segala bukti yang ada. Memang media ada
menghubungi saya dan Adi, namun saya nasihatkan Adi untuk tidak memberikan
sebarang penjelasan yang boleh mengganggu siasatan polis.
"Beri kami
sedikit masa dan kami juga akan tampil dengan bukti yang kami ada. Saya tidak
berniat untuk menyebelahi Adi kerana yang salah tetap salah. Namun, sebagai
suami dia tidak sepatutnya mendedahkan aib isteri," katanya.
Menurut Aida, dia
tetap berpegang kepada pendiriannya untuk berfikir secara rasional tanpa
terburu-buru.
"Kenapa saya
tidak melenting? Kerana saya tahu perkara sebenar yang berlaku. Saya ada
kesemua bukti. Jadi, kenapa pula dia terlalu menyalahkan Adi dalam hal ini
sedangkan isterinya sendiri tidak tahu menjaga adab seorang isteri.
"Sebenarnya, ini
bukanlah isu besar pun sehingga membabitkan media. Dia tak ubah seperti
menegakkan benang yang basah. Saya takut, selepas saya kemukakan semua bukti,
dia yang akan malu kerana dia fikir saya tak tahu apa yang terjadi," kata
Aida yang mengakui akan mengadakan sidang media secepat mungkin untuk
membersihkan nama suaminya.
Tambah Aida lagi,
walaupun isu ini lebih kepada serangan peribadi, namun dia berharap agar
peminat dan masyarakat tidak terus menghukum sebelum menilai.
"Saya tak rasa,
perkara ini boleh menjejaskan karier Adi kerana peminat lebih mengenalinya.
Peminat dan masyarakat tidak perlu membuat sebarang spekulasi kerana kami belum
mengeluarkan kenyataan lagi.
"Kalau Adi
salah, sebagai isteri, saya yang sepatutnya melenting. Namun, saya tidak nampak
kesalahan itu pada Adi kerana sebagai lelaki, dia ada tiga kuota untuk diisi
sekiranya saya izinkan.
"Saya percaya,
usaha lelaki itu untuk 'menghalau' Adi dari Malaysia tidak akan berhasil malah
pendedahan kami akan membuktikan siapa isterinya dan apa yang pasti, ini
bukanlah kali pertama isterinya bertindak seberani itu," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan