TIGA
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan telah gagal menghadiri
upacara angkat sumpah sebagai ADUN dalam sidang pertama DUN Kelantan
semalam. Ketiga-tiga mereka ialah Datuk Husam Musa, Datuk Seri Mustafa
Mohammad dan Datuk Abdullah Che Rawi. Sudah tentu yang
paling mencuri perhatian ialah ketidak hadiran Husam Musa yang juga
ADUN bagi kawasan Salor.
Dua yang lain itu diberitakan ada alasan yang munasabah untuk
menjustifikasikan ketidak hadiran masing-masing semalam, hanya
'kehilangan' Husam sahaja yang dikatakan menjadi sedikit misteri.
'Kehilangan'
Husam ini sudah tentu ada kaitan dengan keputusan kerajaan negeri
dibawah Menteri Besar Kelantan yang baru, Datuk Ahmad Yaakub untuk tidak
melantik semula Husam di dalam barisan Exco kerajaan negeri yang baru,
atas alasan tidak mendapat perkenan Sultan - setidak-tidaknya itulah
yang hebat diperkatakan orang.
Husam dikatakan merajuk dan kecewa dengan keputusan tersebut kerana dia
fikir dia telah banyak berjasa kepada kerajaan Kelantan sepanjang tempoh
pemerintahan penggal yang lepas. Maka tidak hairanlah kenapa para
penyokong Husam mengadakan beberapa siri demonstrasi bagi menyatakan
bantahan atas keputusan tersebut.
Pakatan Rakyat memandang tindakan Husam ini sebagai satu tindakan yang
serius. Kalau dilakukan bersama-sama dengan ADUN Pakatan Rakyat yang
lain, itu cerita berbeza, tapi sekarang hanya Husam sahaja yang tidak
hadir tanpa alasan yang munasabah, seterusnya menimbulkan persoalan sama
ada Husam akan membiarkan kerusi DUN Salor kosong secara automatik
selepas tempeh 6 bulan.
Seterusnya membuka laluan kepada pilihanraya kecil.
Atau ini semua hanya helah Husam supaya dia dilantik semula sebagai
Exco? Kita tidak pasti, tapi mana-mana satu sekalipun, PAS dan Pakatan
Rakyat tidak seharusnya diletakkan dalam keadaan serba salah seperti
ini, hanya kerana tindakan Husam seorang. Sepatutnya, Husam menggunakan
masa ini untuk muhasabah dirinya dan memperbaiki kelemahannya supaya di
masa hadapan, dia akan kembali menjadi Exco kerajaan negeri, bukan
merajuk macam budak-budak.
Pakatan Rakyat sudah pasti tidak akan tunduk kepada ugutan dan tekanan
dari Husam. Apatah lagi, soal perlantikan Exco adalah dalam bidang
kuasa Sultan yang memerintah dan kerajaan Negeri tidak ada pilihan,
selain akur kepada ketetapan tersebut.
Justeru, penulis mencadangkan agar Husam bersara sahaja dari politik.dan
membuka laluan kepada pemimpin lain yang mengutamakan kepentingan parti
lebih dari kepentingan dirinya sendiri. Penulis yakin, pemimpin
seperti itu ada ramai di Kelantan, hanya menunggu masa untuk Husam
membukakan jalan. Kalau macam inilah gayanya, Husam memang terbukti
seorang pemimpin yang tidak boleh dipercayai dan hanya mementingkan diri
sendiri.
Tapi dalam mengendalikan soal Husam ini, PAS perlu bijak.
Jangan
sampai pilihanraya kecil terpaksa diadakan semula kerana jika itu
berlaku, ada kemungkinan besar PAS akan kalah kepada calon BN melihat
kepada momentum perubahan yang berlaku selepas pilihanraya umum yang
lepas. Walaupun dalam kempen tersebut Husam berjaya meningkatkan
majoriti undinya dari 3,232 undi pada 2008 kepada 3,683 undi pada 2013,
tapi perkara tersebut banyak dibantu oleh simpati pengundi kepada Husam
berikutan kematian ibunya, beberapa hari sebelum hari pengundian pada 5
Mei.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan