Kebanyakan negara Eropah dan Amerika Syarikat (AS), mana-mana
individu atau pihak yang cuba mengkritik, menegur apatah lagi mengecam
bangsa Yahudi, mereka akan dicop sebagai anti-Semitik (anti-Yahudi).
Sentimen anti-Semitik sebenarnya adalah propaganda Yahudi untuk
melindungi kepentingan mereka yang berselindung di sebalik kuasa-kuasa
besar dunia seperti AS dan beberapa negara Eropah lain.Selain itu, bangsa Yahudi menjadikan sentimen tersebut sebagai cara
mereka menyembunyikan kegiatan keji mereka seperti penipuan, memonopoli
perniagaan, penindasan dan penjajahan.
Dengan kekuatan ekonomi yang dimonopoli kaum Yahudi di benua Eropah
dan Amerika, pengaruh bangsa tersebut dalam politik bukanlah satu rahsia
lagi, dengan sokongan yang tidak berbelah-bahagi ditunjukkan oleh Barat
dan AS kepada rejim Zionis, sudah cukup membuktikan mereka mudah
'membeli' kuasa untuk melaksanakan apa jua agenda atau menjaga
kepentingan mereka.
Sebagai contoh, dalam isu di Asia Barat, sokongan Washington yang
tidak berbelah-bahagi kepada Israel berterusan sehingga hari ini,
meskipun rejim Zionis itu jelas melakukan penindasan terhadap penduduk
Palestin secara terang-terangan.
Mana-mana pemimpin negara lain yang cuba membela nasib Palestin dan
mengutuk tindakan Israel pula, akan dilabel sebagai anti-Semitik seperti
nasib Tun Dr. Mahathir Mohamad yang terkenal dengan kelantangan beliau
membela nasib Palestin dan Islam di Asia Barat.
Presiden Iran, Mahmoud Ahmedinejad turut dicop sebagai anti-Semitik
kerana pernah mengkritik Israel pada Perhimpunan Agung Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) apabila mendakwa peristiwa Holocaust adalah propaganda Barat dan penipuan Yahudi, semata-mata.
Kini, penyakit itu telah merebak ke Malaysia apabila orang Melayu
pula berdepan situasi anti-Semitik versi baharu dikenali sebagai
sentimen rasis yang disebarkan secara halus dan terancang oleh golongan
keturunan Cina cauvinis yang berfikiran ekstrem dan tamakkan kuasa.
Di Malaysia, jika seorang bangsa Melayu 'mencuit' kepentingan orang
Cina atau India, mereka akan dicop sebagai rasis (perkauman).
Jika tidak, masakan sebuah akhbar Melayu, dicop sebagai rasis apabila
mengeluarkan tajuk 'Apa lagi Cina mahu' selepas tamatnya Pilihan Raya
Umum Ke-13 pada bulan lalu.
Lebih aneh, jika orang Melayu mempertahankan hak-hak mereka akan dicop sebagai rasis oleh golongan kiasu Cina ini.
Tun Mahathir bukan sahaja jadi mangsa Yahudi dicop sebagai
anti-Semitik tetapi juga di Malaysia, apabila beliau dilabel sebagai
rasis oleh kiasu Cina, hanya kerana kelantangan beliau mengkritik parti
pembangkang DAP dan segelintir kiasu Cina.
Presiden UMNO ketika menjadi Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri
Hishammuddin Tun Hussein juga pernah dilabel sebagai rasis, semata-mata
kerana tindakannya mencium keris pada Perhimpunan Agung UMNO beberapa
tahun lalu.
Tetapi apabila golongan cauvinis Cina di Malaysia mempertikaikan hak orang Melayu dan Bumiputera tidak pula dianggap rasis.
Sebenarnya, tindakan golongan kiasu Cina di Malaysia ini menyebarkan
fahaman rasis di Malaysia adalah semata-mata untuk memastikan agenda
mereka untuk berkuasa berjaya.
Tindakan mereka itu kini semakin berleluasa dengan kehadiran Red Bean Army.
Red Bean Army yang dibiayai DAP dan beberapa pihak tertentu di Taiwan
sengaja menyebarkan fahaman rasis dan mendakwa orang Melayu sebagai
rasis semata-mata untuk menghalang orang Melayu mempertahankan hak
mereka.
Gerakan Red Bean Army ini telah berjalan sejak sekian lama dan semakin giat sejak Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12).
Modus operandi Red Bean Army adalah bertujuan mewujudkan
gerakan propaganda rasis bagi menakut-nakutkan orang Melayu untuk
bercakap tentang orang Melayu atau mempertahankan hak mereka,
termasuklah soal agama Islam.
Tidak hairanlah DAP lantang mengecam pertubuhan Melayu seperti
Perkasa dan Pekida, apabila mereka secara konsisten menuduh
pertubuhan-pertubuhan Melayu itu sebagai rasis, tetapi bersikap double standard
apabila tidak mengecam Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus
Sekolah Cina Malaysia (Dong Zhong) yang kuat kiasu Cinanya.
Red Bean Army dan DAP juga membisu apabila anggota Parlimen Seputeh,
Teressa Kok mempertikaikan kepentingan bahasa Jawi pada papan tanda di
jalan-jalan.
Tindakan mereka tidak ubah seperti kaum Yahudi dan Zionis serta orang
Eropah atau Amerika yang pro-Yahudi yang mengecam sesiapa sahaja yang
mengkritik Yahudi sebagai anti-Semitik sedangkan bangsa Yahudi hanyalah
kelompok kecil di dunia.
Di Malaysia, orang Melayu tidak perlu takut dicop rasis untuk
memperkatakan hak mereka kerana hak orang Melayu dipertahankan oleh
Perlembagaan.
Malah orang Melayu perlu berani untuk menyuarakan hak mereka demi
kepentingan bangsa sendiri, bukannya mengamalkan fikiran liberal
sehingga sanggup menikam bangsa sendiri.
Selain itu, golongan cauvinis Cina juga perlu menilai semula tindakan
mereka, sengaja memainkan sentimen perkauman melampau dengan
mempersoalkan hak orang Melayu, raja-raja Melayu dan agama Islam
semata-mata untuk menakut-nakutkan orang Melayu supaya tidak lagi
bercakap mengenai bangsa Melayu dan Islam.
Jika dibiarkan berterusan, tidak mustahil sikap segolongan kiasu ini
boleh menyebabkan majoriti penduduk Cina lain digelar sebagai
anti-Melayu dan pastinya keadaan tersebut boleh memburukkan lagi
keadaan, sekali gus menggugat keamanan Malaysia yang telah dipertahankan
sejak sekian lama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan