Keputusan
Presiden MCA Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek untuk tidak mempertahankan
jawatannya dalam pemilihan parti itu adalah keputusan yang tepat
berikutan prestasi buruk MCA dalam PRU-13.
MCA hanya memenangi 7 daripada 37 kerusi parlimen dan 11 daripada 90 kerusi DUN yang ditandingi. Lebih dahsyat, kubunya di Johor juga telah ditembusi pembangkang.
Mudah
bagi MCA untuk menyalahkan pembangkang yang menghasut rakyat sehingga
membawa kepada keputusan tersebut. Namun, mustahil bagi MCA untuk
menafikan berlakunya ‘tikam belakang’ dan pengkhianatan oleh parti itu
terhadap Barisan Nasional.
Justeru,
keputusan Soi Lek merupakan satu kewajaran kerana jelas seseorang wajib
memikul tanggungjawab atas perbuatan ‘tikam belakang’, pengkhianatan
dan hilangnya semangat setiakawan terhadap BN. Bukan
kita tidak tahu bahawa sepanjang penggal MCA langsung tidak bekerja,
malah tidak bersemangat untuk memenangi pilihanraya sehinggakan dilihat
bagaikan sengaja ingin membiarkan parti itu kalah teruk.
Berikutan keputusan Soi Lek untuk tidak bertanding, 4 pemimpin MCA telah menawarkan diri untuk merebut jawatannya. Mereka ialah Ong Tee Keat - Bekas Presiden MCA, Ong Ka Chuan - Ahli Parlimen Tanjung Malim, Donald
Lim – Pengerusi MCA Selangor dan Naib Presiden MCA dan juga Datuk Seri
Liow Tiong Lai – Menteri Kesihatan, Timbalan Presiden MCA dan juga Ahli
Parlimen Bentong.
Kesemua yang menawarkan diri dilihat mempunyai kelebihan masing-masing berdasarkan pengalaman mereka. Bagi
Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Ong Ka Chuan yang menang dalam PRU-13
lepas, mereka dikira mendapat ‘bonus’ dari segi persepsi rakyat kerana
dilihat sebagai telah bekerja cukup keras dalam keadaan keseluruhan
jentera MCA seolah-olah ‘mogok’ sepanjang tempoh berkempen.
Secara
dasarnya, tindakan MCA membuka jawatan Presiden untuk dipertandingkan
wajar dipuji di mana ia membuktikan kematangan parti tersebut terutama
dalam keadaan yang genting ini.
Kita
berharap agar Presiden MCA yang baru akan benar-benar mampu meletakkan
garis jelas antara kesetiaan terhadap parti dan negara, dengan semangat
perkauman Cina.
Sudah
sampai masanya MCA mempunyai Presiden yang tidak bersikap ‘defensive’
atau ‘apologetic’ dalam mengambil langkah yang bertepatan dengan
aspirasi negara semata-mata untuk menjaga hati kaum Cina.
Ketegasan
amatlah penting, terutama dalam menangani sikap kaum Cina yang semakin
lantang dan biadap mencabar perlembagaan serta menghina Institusi
Raja-raja. Selain itu, Presiden baru MCA juga
wajib menangani masalah akhbar-akhbar berbahasa Cina yang
bermaharajalela mempamerkan hipokrasi paling jelek dalam memainkan isu
perkauman.
Lebih
dari itu, Presiden MCA yang baru haruslah ikhlas dan tidak terikut-ikut
dengan rentak ektremis Cina yang terdapat dalam berbagai nama dan rupa.
Ini bukan masa untuk pentingkan diri sendiri atau kaum dan pihak tertentu. Malaysia sedang mengalami masalah polarisasi kaum yang kronik dan perlu ditangani segera. Malah,
tidak salah dikatakan, bahawa ‘perpaduan’ merupakan satu-satunya
masalah besar yang dihadapi oleh Malaysia pada ketika ini. Jika masalah ini selesai, maka kita bolehlah memacu negara ke hadapan dengan sederap langkah yang pasti dan pantas.
Oleh itu, semua pemimpin yang mewakili kaum masing-masing wajib meletakkan isu perpaduan sebagai tonggak utama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan