18 Jun 2013

Dzulkefly Umpama Anjing Menyalak, Kerana Kalah Pilihan raya



Bukanlah sesuatu yang pelik, apabila ramai di kalangan pemimpin pakatan pembangkang menyalak umpama anjing yang kehilangan tulang apabila majoriti pengundi memilih untuk menolak mereka dalam pilihan raya umum yang lalu. Ini kerana umum mengetahui ramai di kalangan mereka sebelum ini hanya sibuk berpolitik untuk memastikan Anwar Ibrahim mampu merealisasikan impian untuk menjadi Perdana Menteri.

Terbaru bekas ahli parlimen untuk kerusi Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad yang mewakili Pas cuba untuk menyalahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) atas kekalahan yang diterimanya. Pada PRU ke-12, Dzulkifli berjaya merampas kerusi tersebut dari BN apabila menewaskan Jahaya Ibrahim dengan majoriti 860. Namun pada PRU-1, dia gagal mempertahankan kerusi tersebut apabila tewas kepada Datuk Irmohizam Ibrahim dengan majoriti 460 undi.

Gagal menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat itu lantas melemparkan pelbagai tohmahan dan tuduhan kepada BN untuk menarik simpati masyarakat. Sedangkan mengikut penduduk yang ditemui mengatakan sepanjang menjadi ahli parlimen pada penggal yang lalu, wakil rakyat itu telah gagal menyelesaikan banyak masalah yang dibawa oleh rakyat.

Ahmad Boestaman, salah seorang penduduk menjelaskan, rakyat di Kuala Selangor telah diabaikan. Dzulkefly lebih banyak menghabiskan masa untuk memenuhi jemputan ceramah di luar kawasan berbanding ‘turun padang’ untuk berjumpa pengundi. Kerap kali jemputan yang dihantar tidak mendapat maklum balas yang sepatutnya atas alasan terlibat dengan aktiviti parti di peringkat pusat.

Malah menurut salah seorang pengundi yang juga merupakan ahli Pas di kawasan tersebut mengatakan pemikiran liberal yang cuba dibawa oleh Dzulkefly juga merupakan antara punca di ditolak masyarakat.

“Ada di kalangan ahli Pas sendiri mengadu ‘pelik’ dengan pendirian yang cuba dibawa oleh Dr (Dzulkefly) yang dilihat bertentangan dengan pendirian Pas selama ini. Ideologi ‘Islam Liberal’ dan ‘Anwarinas’ yang cuba diserap (ke dalam parti) tidak boleh diterima sama sekali.

“Kalau dia ingin memperjuangkan politik Anwar Ibrahim, dia perlu masuk PKR dan bukannya Pas, kerana di dalam Pas matlamat perjuangan adalah menegak Islam” jelasnya yang enggan dikenali.

Bekas ahli parlimen itu sebelum ini terkenal sebagai salah seorang pemimpin PAS Pusat yang dilabel sebagai pemimpin ‘Anwarinas’ di dalam Pas sering dilihat mempromosikan liberalisme dan keterbukaan dalam PAS. Dia juga sebelum ini dilihat sering mengkritik dan melemparkan ulasan yang keras  terhadap mana-mana pimpinan yang dilihat tidak sehaluan dengan pandangannya.

Sebagai contoh, dia dilaporkan pernah mengatakan Ketua Pemudas Pas, Nasharudin Hassan sebagai ‘Orang-Orang Bangang’ kerana mempertahankan tindakan JAIS berhubung isu Murtad. Malah pendiriannya berhubung isu ‘hudud’ juga dilihat bertentangan dengan perjuangan parti itu.

Kesimpulanya, kekalahan Dzulkefly di parlimen Kuala Selangor bukanlah seperti yang dakwaan yang dilemparkan. Tetapi merupakan kesilapannya sendiri yang dilihat GAGAL memberikan khidmat seperti yang diharapkan. Malah pendirian Islam Liberal yang cuba diserapkan juga merupakan antara sebab dia ditolak oleh ahli dan penyokong Pas sendiri yang merasakan ia bertentangan dengan asas perjuangan Pas selama ini.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /