Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hari ini
sekali lagi menegaskan untuk menolak gesaan yang dibuat oleh pakatan rakyat
untuk meminta semua ahli badan itu meletakkan jawatan kerana dikatakan telah
bersekongkol dengan Barisan Nasional (BN) untuk menipu keputusan pilihan raya yang
lalu. Penegasan itu dibuat oleh Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan
Omar ketika menyampaikan syarahan yang bertajuk 'PRU13: Terima Keputusan Rakyat' di Kuala Lumpur hari ini.
Sambil
menjelaskan biarlah mahkamah pilihan raya yang membuat keputusan kerana ia
adalah merupakan prosedur dan undang-undang yang telah ditetapkan dan bukannya dengan
sesuka hati meminta badan itu meletakkan jawatan. Beliau turut menjelaskan, SPR
tidak akan melayan segala desakan pembangkang kerana tuntutan mereka di luar
garis perlembangaan dan peruntukan undang-undang.
Wan Ahmad menegaskan SPR telah
melaksanakan semua tanggungjawab yang diberikan tanpa memberi sebarang layanan
istimewa kepada mana-mana parti politik. Sebagai contoh ketika pilihanraya yang
lalu dilakukan, SPR telah menerima semua borang pencalonan yang dihantar tanpa
menolak mana-mana calon yang ingin bertanding.
“SPR telah melakukan yang terbaik dalam pilihan
raya yang lalu berlandaskan peraturan dan perlembagaan yang ada, malah tidak
ada satu aspek pun yang dilakukan mengikut budi bicara SPR.
“Selain dari itu, tidak ada satu pun
tempat pengiraan undi yang dijalankan tidak mempunyai wakil dari calon-calon
yang bertanding. Semua wakil calon memantau dan menyelia semua proses yang
dilakukan dari awal hingga akhir sehinggalah dihantar ke tempat penjumlahan
undi” katanya.
Malah ketika menjawab soalan salah seorang
peserta, Wan Ahmad turut menyelar tindakan ketua umum PKR, Anwar Ibrahim yang
disifatkan sebagai hipokrit kerana tindakan yang dilakukannya amat tidak selari
dengan prinsip yang kononnya diperjuangkan. Beliau turut membidas ahli parlimen
Permatang Pauh itu sebagai ‘pelakon’ yang hebat kerana mempunyai agenda
peribadi semata-mata untuk memecah-belahkan perpaduan bangsa di Malaysia.
“…bukan keputusan pilihan raya yang
menjadi keutamaan, tapi (Anwar) mempunyai satu agenda lain untuk wujudkan porak-peranda
dalam negara. banyak perkara yang dilakukan (oleh pembangkang) hanya untuk
justify tuduhan yang dilemparkan sebelum ini.
“Belum pilihan raya lagi Anwar dah tanam
persepsi buruk untuk salahkan SPR, macam mana dia tahu sesuatu perkara yang
belum berlaku. Malah dia tahu tuntutan dia (Anwar) tuntutan dia tidak akan
diterima, tapi dia tetap meneruskan dengan tindakan yang dilakukan kerana dia
ada agenda dan objektif lain.
"Mereka menang 89 kerusi (Parlimen) dan tiga negeri menang semuanya
lebih dua pertiga kerusi, tetapi di jalan raya mereka menolak keputusan pilihan
raya dan ini perkara yang betul-betul hipokrit. Prinsip tidak sama dengan
perbuatan, prinsip kononnya tidak boleh menerima keputusan pilihan raya, tetapi
perbuatannya? Kita tengok sekarang, cepat-cepat angkat sumpah, cepat-cepat ubah
(pendirian), sebelum ini cuma nak boikot, taklimat dia kata”, ”
tegas beliau lagi.
Beliau berkata pembangkang hanya
mempergunakan rakyat bagi menyokong prinsip tidak menerima keputusan pilihan
raya dengan mengheret mereka ke perhimpunan jalanan, namun pada masa sama
mengakui diri wakil rakyat yang dilantik menerusi proses pilihan raya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan