Walaupun demam pilihanraya umum ke-13
telah berlalu, namun masih ramai yang begitu berminat untuk memperkatakannya.
Ada yang terkejut dengan keputusan yang telah dibuat oleh majoriti rakyat dan
tidak kurang juga ada yang ‘gila meroyan’
apabila melihat penolakan rakyat yang masih meletakkan harapan kepada parti
pemerintah.
Sebagai contoh, lihat sahaja bagaimana
ketua pembangkang, Anwar Ibrahim yang masih cuba menagih sisa-sisa simpati dari
kalangan pimpinan pakatan pembangkang agar mengambil pendekatan yang selari dengannya
agar menolak keputusan pilihanraya yang lalu. Ibarat ular yang telah kehilangan
bisanya, gesaan yang dibuat oleh Anwar itu, gagal mendapat sambutan seperti
yang diharapkan.
Bila mana rata-rata pimpinan di Pas dan
DAP membuat kenyataan yang bertentangan dengan kehendak ahli parlimen Permatang
Pauh itu. Tambah memeranjatkan apabila kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan
Presiden PKR, Azmin Ali melalui laman twitter yang secara sinis menyelar
tindakan Anwar itu.
Ini kerana, keputusan pilihanraya yang
lepas, hanya membuktikan bahawa Anwar bukanlah seorang pemimpin ‘Anugerah Tuhan’ seperti yang didakwa
tetapi lebih merupakan ‘Bapa Segala
Penipu’. Sebagai contoh, ekoran sokongan membabi buta yang diberikan oleh
Pas kepada Awar telah menyebabkan parti itu mengalami kemerosotan yang ketara.
Malah hasil analisa yang dilakukan, jelas
memperlihatkan kemerosotan yang ketara apabila beberapa pemimpin tertinggi PAS tewas
kepada calon BN termasuk Timbalan Presidennya Mohamed Sabu di Kedah, Naib
Presiden Salahuddin Ayub di Johor, Naib Presiden Datuk Husam Musa di Putrajaya,
AJK Kerja Pas Pusat dan Dr Dzulkefli Ahmad di Selangor.
PRU13 menyaksikan PAS kalah 52 kerusi
daripada 73 kerusi Parlimen yang ditandingi nya apabila hanya mampu peroleh 21
kerusi Parlimen sahaja. Ia sekali gus memperlihatkan kemerosotannya berbanding
pada 2008 apabila parti itu kalah di 43 kerusi daripada 66 kerusi Parlimen ditandingi
nya dan berjaya memperoleh 23 kerusi.
Ada yang mengatakan ia disebabkan kerana
Pas terlalu mengikut rentak politik rakan di dalam pakatan pembangkang sehingga
terpaksa menggadaikan agenda perjuangan Islam yang dipertahankan selama ini.
Namun tidak kurang juga ada yang mengatakan ia adalah sebahagian dari gerak
kerja ‘pemutihan’ yang cuba dilakukan oleh kumpulan yang pro-ulama.
Ini kerana ramai melihat kekalahan calon
daripada kumpulan ‘Erdogan’ ini
adalah kerana faktor ‘Anwarinas’
yang di lihat menjadi parasit di dalam parti itu. Walaupun masih ramai di
kalangan mereka yang dilihat ‘terselamat’ namun pemilihan parti yang dijadualkan
pada tahun ini akan menjadi titik penentu kepada nasib kumpulan ini.
Malah kekalahan beberapa pemimpin itu
dikatakan telah berjaya melemahkan kelompok ‘Anwarinas’ dan bakal menyaksikan kumpulan pro-ulama kembali
menguasai parti setelah melihat hala tuju yang terumbang-ambing akibat pengaruh
kelompok terbabit. Seterusnya peningkatan pengaruh dan sokongan fahaman Syiah yang
terpesong daripada Ahli Sunah Wal Jemaah
di dalam
parti itu juga merupakan antara kegusaran yang melanda kumpulan pro-ulama.
Apa pun keputusannya bersamalah kita tunggu dan
saksikan pertembungan antara dua kelompok ini. Apakah kelompok Endorgan yang dipengaruhi oleh ideologi
‘Anwarinas’ dan Islam Liberal
kembali berkuasa di dalam Pas atau berjaya disingkirkan oleh kelompok pro-ulama.
Ini kerana keputusan pemilihan parti itu sudah pasti akan mengubah landskap
politik negara yang selama ini terkongkong dengan isu-isu berkaitan Anwar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan