Desas desus mengatakan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah
(Kuli) akan mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai
Presiden dalam pemilihan UMNO akan datang, sudah mula bertiup kencang
di sana sini.
Banyak blog dan facebook sudah
mula memainkan isu tersebut dengan pandangan yang pelbagai. Ada yang
menyokong, ada yang tidak dan sebagainya.
Sememangnya, sebagai sebuah
parti yang berasaskan kepada demokrasi, hasrat Kuli ini (jika
benar) bukanlah satu kesalahan, tapi dalam masa yang sama kita perlu
ingat, menjadi Presiden UMNO bukan setakat menjadi ketua kepada parti
terbesar orang Melayu tersebut semata-mata, tapi dalam masa yang sama,
Presiden UMNO juga akan turut memikul tanggungjawab secara automatik
sebagai Pengerusi BN.
Disinilah kredebilti dan
keupayaan Kuli untuk memimpin BN menjadi tanda tanya banyak pihak.
Beliau mungkin diterima oleh orang Melayu yang membentuk majoriiti dalam
UMNO, tapi mampukah kepimpinan Kuli diterima oleh parti komponen BN
yang lain?
Hal ini penting untuk disebut kerana yang akan bertanding dalam pilihanraya ialah BN, bukan UMNO!!
Lagipun, pada usia 76 tahun
sekarang, penulis dan ramai yang lain lagi tidak yakin Kuli mampu
menjadi seorang Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang berkesan untuk
rakyat Malaysia. Kuli gemar menoleh kebelakang, dari melihat masa
hadapan dan atas sebab itulah ketika Mahkamah Agung (kini Mahkamah
Persekutuan) mengharamkan UMNO pada 1988, Kuli mengambil keputusan untuk
keluar parti dan menubuhkan Semangat46 (S46) yang bertujuang
menghidupkan semangat UMNO lama.
Orang Melayu tidak memerlukan
semangat UMNO lama, pada masa itu pun (ketika S46 ditubuhkan), orang
Melayu bukan berada pada keadaan dimana semangat laut dan semangat padi
masih di puja untuk mendapatkan hasil yang lebih. Orang Melayu
memerlukan perubahan dari segi ekonomi dan sebagainya untuk mengubah
nasib kaum tersebut.
Bercakap tentang S46, mungkin
ramai yang tidak tahu bahawa Kuli pernah menubuhkan 2 pakatan
pembangkang yang diterajui S46 untuk mencabar BN selepas melihat
'kejayaan' PAS dan S46 merampas Kelantan dalam pilihanraya umum 1990. 2
pakatan pembangkang tersebut ialah Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dan
Gagasan Rakyat.
Secara mudahnya, APU mewakili
parti pembangkang berasaskan Melayu/Islam (PAS, Berjasa, HAMIM, KIMMA)
sementara Gagasan Rakyat mewakili parti pembangkang bukan Islam (DAP dan
PRM).
Kenapa diwujudkan 2 pakatan
pembangkang mengikut kaum dan kepercayaan agama berbeza? Sebab Kuli
tidak mampu menyatukan kesemua parti pembangkang di Negara ini pada
waktu itu, atas platform yang sama. Lagipun S46 adalah parti clone kepada UMNO (sebut Melayu) dengan Kuli sendiri dilihat sebagai ultra Melayu seperti mana Datuk Ibrahim Ali dan pertubuhan PERKASA hari ini.
BN dan negara ini tidak memerlukan seorang pemimpin yang ultra Melayu. BN memerlukan pemimpin moderate
yang mampu mengendalikan kepelbagaian kaum dan kepercayaan agama di
negara kita. Kuli sudah tentu sedar akan perkara tersebut sebab beliau
akhirnya membubarkan S46 dan membawa ahli parti tersebut menyertai
semula UMNO pada 1996.
Pendek kata, Kuli tidak mampu memimpin sebuah parti berbilang kaum seperti BN, melihat kepada sejarah poltiiknya yang lampau.
Yang penting sekali, Kuli
bukanlah jenis pemimpin yang mampu mengadaptasikan dirinya kepada
perubahan semasa dan keadaan ini sudah tentu tidak sesuai untuk sebuah
negara yang menghampiri status negara maju seperti Malaysia.
Selain faktor umur yang disebutkan di atas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan