Banyak pihak dalam Pakatan Rakyat menggesa DAP mengambil tindakan
disiplin yang keras (termasuk dipecat dari parti) ke atas Ahli Parlimen
Bakri, Er Teck Hwa kerana kebodohannya menghadiri taklimat Parlimen di
bangunan Parlimen semalam.
Alasan Teck
Hwa bahawa beliau tidak membaca email dan sms adalah alasan yang terlalu
remeh untuk dianggap sebagai penjelasan yang munasabah. Jika pun masih
keliru, kenapa Teck Hwa tidak menghubungi rakan ahli parlimen Pakatan
Rakyat yang lain sebelum membuat keputusan untuk menghadiri sesi
taklimat tersebut?
Walaupun
DAP telah mengumumkan untuk mengambil tindakan yang tegas, tapi ramai
melihat parti tersebut terlalu lambat bergerak untuk menghukum seorang
ahli parlimen ini. Sehingga sekarang, jawatankuasa disiplin untuk
membicarakan kes Teck Hwa tersebut masih belum ditubuhkan, jauh lagi
untuk membuat keputusan jenis tindakan apa yang mahu dikenakan ke atas
ahli parlimen untuk 2 penggal tersebut.
Penulis
difahamkan, Teck Hwa bukanlah seorang yang bijak. Maksudnya dia memang
bodoh. Entah macam mana dia boleh terpilih pada 2008 yang lepas, tapi
anehnya menang pula di Bakri. Difahamkan Teck Hwa terpaksa dicalonkan
semula kali ini kerana DAP tidak mahu satu-satunya ahli parlimen parti
tersebut yang menang di Johor pada 2008, digugurkan pada kali ini.
Nanti entah apula cakap rakyat di kawasan tersebut yang menyokong Tech
Hwa.
Daripada
menghadapi kebarangkalian berlakunya undi protes, adalah lebih baik
Tech Hwa dikekalkan dan ternyata keputusan itu tidak silap sebab Teck
Hwa masih menang.
Tapi ini pula masalah
yang terpaksa Pakatan Rakyat hadapi dengan ahli parlimen yang sangat
dikenali kerana hanya 'sesekali' menggunakan otak ini. Sudah disebutkan
bahawa Pakatan Rakyat memboikot taklimat tersebut, dia masih berdegil
untuk menghadirinya seterusnya mencemarkan imej baki 88 ahli parlimen
Pakatan Rakyat yang lain.
Pakatan
Rakyat baru sahaja berjaya memperbaiki pertelagahan yang wujud antara
PKR dan 2 parti komponen yang lain, iaitu DAP dan PAS dengan memboikot
majlis taklimat ini. Datang Teck Hwa merosakkan pula kejayaan yang baru
dicapai dengan menghadiri taklimat tersebut yang sebetulnya diadakan
untuk ahli-ahli parlimen baru, bukan yang sudah 2 penggal seperti Teck
Hwa.
Sebaiknya
Teck Hwa dipecat sahaja dari DAP dan dibiarkan menjadi ahli parlimen
bebas yang menyokong Pakatan Rakyat. Dengan pemecatan itu, imej buruk
yang ditunjukkan Teck Hwa, dapat dielak dari dikaitkan dengan parti
tersebut. Apatah lagi semua orang tahu DAP adalah parti yang tegas dan
berdisplin serta tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas
terhadap pemimpin parti tersebut yang melanggar disiplin parti -
walaupun bergelar ahli parlimen.
Apa
jua kegagalan DAP menangani isu Teck Hwa ini dengan segera, menjadikan
DAP sebuah parti yang tidak jauh beza dengan parti-parti politik yang
lain, terutama dari kalangan parti komponen BN. DAP bukan lagi sebuah
parti yang tegas seperti dahulu, sebaliknya mengutamakan kedudukan
kerusi mereka yang paling tinggi dalam parlimen (di kalangan parti
pembangkang) semata-mata.
Tanpa
DAP sedari, kejayaan memenangi 38 dari 51 kerusi parlimen dalam
pilihanraya umum yang lepas, banyak dibantu oleh kerjasama rakan-rakan
dalam Pakatan Rakyat. Tanpa PKR dan PAS, pencapaian DAP dijangka jauh
lebih teruk berbanding dengan tahun 2008 sekalipun.
Pemecatan
Teck Hwa tidak akan memberi kesan kepada kedudukan Pakatan Rakyat di
parlimen kerana Teck Hwa masih lagi ahli parlimen yang mesra Pakatan
Rakyat. Jadi, janganlah bimbang untuk mengambil tindakan yang keras
terhadapnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan