Setelah sekian lama membiarkan peminat berteka-teki dengan status perkahwinannya, akhirnya hari ini menjadi saksi bahawa Erra Fazira bersama suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin sah bercerai talak satu.
Menurut pihak media, perceraian itu dibuat di hadapan Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor, Mohd Adib Husin.
Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek telah hadir ke mahkamah tersebut bersama teman rapat iaitu Umie Aida dan Erma Fatima sekitar jam 11.45 pagi tadi.
Terdahulu, sebuah akhbar tempatan melaporkan seorang dramatis jelita sedang sibuk memfailkan permohonan perceraian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan