Dalam ramai-ramai selebriti lelaki, Fahrin Ahmad merupakan salah seorang yang sering mendapat perhatian peminat wanita kerana wajahnya yang kacak.
Tidak hanya itu, Fahrin juga sering terpalit soalan cepumas dari sesetengah orang baik media mahupun kenalan rapatnya mengenai isu rumahtangga.
Sedangkan bekas teman wanitanya iaitu Linda Onn dan Scha Alyahya juga sudah bergelar isteri dan berbahagia dengan pilihan masing-masing.
Sekitar tahun lepas, Fahrin pernah meluahkan hasratnya untuk mencari teman hidup dari kalangan guru sekolah namun sehingga kini masih belum ura-ura yang pelakon itu akan mengakhiri zaman bujangnya.
Bagaimanapun pada minggu lepas, Fahrin secara tiba-tiba memuat naik sekeping foto di Instagram menunjukkan dirinya sedang melamar di tepi jalan.
Foto yang berserta caption ‘The Proposal…. Will you???’ itu telah menarik perhatian sebahagian besar pengikutnya di laman sosial tersebut dan kebanyakannya menyatakan kesudian mereka untuk berkahiwn dengan Fahrin.
Adakah Fahrin sudah bersedia untuk bergelar suami atau ianya sekadar gimik lakonannya untuk sesebuah drama atau filem sahaja?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan