Walaupun Ketua Umum
PKR, Anwar Ibrahim mengatakan dia penuh yakin akan mampu mempertahankan Dun
Kajang, namun ramai yang merasakan kenyataan tersebut hanyalah sekadar untuk menenteramkan
kegusaran yang sedang melanda dirinya.
Ini kerana, di dalam
sejarah pilihan raya berbagai kemungkinan boleh terjadi. Tiada seorang pun
boleh memberikan jawapan yang pasti, kerana semuanya terletak di tangan
pengundi yang akan menentukan siapa yang ingin mereka pilih.
Sekiranya dilihat
kepada gerakan kempen agresif yang dilakukan oleh Anwar di Kajang, sudah cukup
membuktikan bahawa Ketua Pembangkang itu pada hakikatnya bimbang sekiranya dia
di tolak oleh pengundi di Kajang.
Walaupun secara rasminya
tempoh berkempen masih belum bermula, namun kelibat Anwar yang hampir saban
hari berada di Kajang turut menguatkan lagi andaian tersebut.
Malah mantan Perdana
Menteri, Tun Dr Mahathir ketika ditanya pemberita baru-baru ini mengatakan Barisan
Nasional hanya mempunyai peluang 50-50 di dalam
Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang pada 23 Mac ini.
Tambahan pula Anwar
pada ketika ini sedang berhadapan dengan protes dalaman oleh pengundi pakatan
sendiri PR secara besar-besaran di Kajang yang berkemungkinan akan menjadi
faktor utama dia tewas pada PRK itu nanti.
Ramai yang melihat sabotaj dalaman parti terutamanya dari pengundi Pas yang berterusan dan masih belum menemui jalan penyelesaian, boleh menyebabkan Anwar tersungkur kerana mereka merasakan PRK ini adalah merupakan medan perjuangan untuk memenuhi agenda peribadinya.
Pas sebelum ini
dengan tegas mengatakan hanya memberikan sokongan untuk Anwar bertanding dan
bukannya untuk membolehkan dia menduduki kerusi menteri besar. Malah faktor
golongan profesional juga tidak boleh dinafikan mampu memainkan peranan penting
bagi menewaskan Anwar.
Ini kerana sebagai golongan profesional yang punyai pengalaman, sudah pasti mereka mampu melihat bagaimana rakusnya Anwar yang sanggup melakukan apa sahaja demi memenuhi cita-cita politiknya.
Dengan kemasukan
calon bebas di kalangan mereka yang pernah menjadi sahabat Anwar, sudah pasti
akan merancakkan PRK pada kali ini sekali gus menyebabkan pengundi pakatan yang
marah, memilih untuk memberikan undi kepada calon Bebas.
Itu belum lagi
diambil kira para penyokong Azmin yang marah dengan tindakan Anwar dan Khalid yang
jelas menjadikan gerakan #LangkahKajang ini untuk membunuh karier politiknya.
Kesimpulannya sekiranya
semua faktor-faktor yang dinyatakan tadi diambil kira dan berjaya di
realisasikan, sudah pasti ia mampu membuka peluang untuk BN/Umno merampas
kembali kerusi Dun Kajang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan