SHAH ALAM - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu mencipta pelbagai alasan lain yang akan menjeratkan dirinya apabila mengambil keputusan untuk menjadi calon pada PRK Dun Kajang, kata Eksekutif Institut Bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan.
Menurut Wan Saiful, umum mengetahui pembabitan Anwar dalam PRK ini adalah untuk menyelesaikan kemelut dalaman PKR, khususnya antara Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.
Ujarnya lagi, Anwar tidak boleh menggunakan alasan Abdul Khalid yang tidak mampu mengendalikan masalah politik di negeri ini untuk bertanding di Dun Kajang.
"Jangan jadikan Abdul Khalid sebagai alasan, dia tak boleh kendalikan politik di Selangor.
"Kalau itu masalahnya, PKR perlu akui parti itu tak mampu nak perintah, serahkan kepada Pas yang menang majoriti di sana, mereka lebih berhak.
"Tak perlu Anwar yang putuskan, sebab PKR adalah minoriti di sana.
"Anwar perlu berterus terang, lagi banyak dia cipta alasan lagi menonjolkan usaha dia untuk mengaburi mata rakyat, sedangkan hakikatnya semua orang tahu dia ke Kajang untuk selesaikan kemelut itu," katanya hari ini.
Terbaru, Anwar yang dipetik sebuah portal menafikan beliau bertanding di PRK Dun Kajang untuk menyelesaikan masalah dalaman yang berlaku antara pemimpin PKR.
Sebaliknya, Anwar memberi alasan kehairanannya di negeri itu kerana ingin membantu Abdul Khalid yang didakwanya tidak mampu mengendalikan politik di negeri itu.
Dalam pada itu, Wan Saiful juga melalui Twitternya telah melabelkan Anwar sebagai "anugerah" untuk menyelesaikan masalah yang timbul di Selangor.
"Syukur anugerah telah tiba untuk menyelesaikan segalanya," tulisnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan