04 Februari 2014

Eksekutif dilanggar sebelum disamun




GEORGETOWN - Seorang eksekutif terpaksa menghadapi detik cemas apabila bukan sahaja dilanggar dengan motosikal malah disamun di Lebuh Armenian di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi, mangsa yang berusia 27 tahun itu dikatakan sedang berjalan seorang diri untuk mengambil keretanya yang diletakkan di tepi jalan selepas menjamu selera di kedai berhampiran. 



Difahamkan, dua lelaki yang menunggang motosikal dan datang dari arah belakang merempuhnya sebelum bertindak lebih agresif untuk menyamun.

"Apabila mangsa rebah, seorang suspek menghayunkan topi keledar dan terkena kepalanya menyebabkan lelaki terbabit menjadi lemah.

"Kesempatan itu diambil penjenayah untuk melarikan telefon pintar dan merampas dompet mangsa sebelum melarikan diri," katanya.

Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kerugian hampir RM3,000 dan membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.

Difahamkan mangsa turut mengalami kecederaan ringan di kepala akibat terkena hentakan topi keledar.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /