Seorang penggiat forum Cari berkongsikan
beberapa keping gambar yang menunjukkan Datuk Yusof Haslam & isteri bersama
Puteri Sarah Liyana — dan kami difahamkan ini merupakan majlis merisik gadis
itu untuk pihak Syamsul Yusof.
Majlis merisik Puteri Sarah Liyana
khabarnya berlangsung hujung minggu lalu.
Ibu kepada Syamsul Yusof, Datin Patimah
Ismail mengesahkan yang majlis merisik Puteri Sarah Liyana telah berlangsung
pada Ahad lalu di Sri Damansara dan berkata anaknya itu bakal berkahwin sekitar
Februari 2014 akan datang.
“Majlis merisik itu diadakan secara ringkas
dan saya telah menyarungkan sebentuk cincin di jari Sarah namun tiada sebarang
majlis pertunangan diadakan kerana Syamsul mahu bernikah terus dengan Sarah,”
ujarnya.
Syamsul Yusof meluahkan hasrat untuk
memperisterikan Puteri Sarah Liyana kepada keluarganya selepas pulang
mengejakan umrah pada 28 Disember yang lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan