25 Januari 2014

Enam maut dalam serangan bom di Mesir



CAIRO: Empat serangan dilancarkan secara berasingan di Kaherah meragut 6 nyawa dalam perkembangan terkini konflik berdarah di Mesir.Serangan pertama melibatkan bom kereta yang mensasarkan ibu pejabat polis di Kaherah.

Serangan itu membunuh empat mangsa.



Letupan kuat turut merosakkan bangunan berhampiran termasuk mahkamah dan muzium. Asap hitam boleh dilihat dari jauh sejurus letupan berlaku. Saksi memberitahu, melihat lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah pengawal keselamatan ibu pejabat polis sebelum letupan berlaku. Namun, kementerian dalam negeri Mesir enggan mengulas lanjut laporan berkenaan.

Manakala, serangan kedua berlaku berhampiran stesen keretapi bawah tanah yang meragut satu nyawa. Polis melakukan siasatan terperinci bagi memburu dalang serangan kejam itu. Dalam perkembangan berasingan, selain bertempur dengan pihak berkuasa, anggota Ikhanul Muslimin dilapor bertempur dengan orang awam pro kerajaan di Giza.

Ia tercetus susulan insiden letupan bom yang mengorban seorang nyawa di kawasan berkenaan.Susulan kejadian yang berlaku..penyokong morsi dilapor membaling batu oleh penduduk setempat.

Ia dikatakan tercetus kumpulan berkenaan dikatakan melepaskan mercun ke arah mereka. Selain Giza, situasi yang sama turut berlaku di beberapa lokasi lain di Mesir.








Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /