28 Januari 2014

Anwar nafi mahu jadi MB Selangor



KUALA LUMPUR - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan beliau akan mengambil alih tempat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor, seperti yang didakwa sebuah portal berita.

Anwar berkata, dakwaan itu hanyalah spekulasi dan sudah diperkatakan sejak 2008 lagi.

Menjawab soalan media mengenai pertemuannya dengan Abdul Khalid malam minggu lalu, Anwar menjelaskan, beliau sering mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu, bukan pada malam Ahad lalu sahaja.

“Saya selalunya bertemu dengan Tan Sri Khalid seminggu sekali, sama ada di pejabatnya, atau di rumah menteri besar, untuk perbincangan mengenai kedudukan Pakatan Rakyat dan perkara umum mengenai Selangor," katanya.

Beliau berkata demikian selepas memberi keterangan dalam perbicaraan kes samannya terhadap blogger Papagomo di mahkamah tinggi, di sini, hari ini.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail turut menafikan bahawa Anwar akan menggantikan tempat Abdul Khalid.

“Abdul Khalid akan tetap meneruskan tugasnya sebagai menteri besar,” kata Saifuddin.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /