Menteri Besar Selangor, Abdul
Khalid Ibrahim akhirnya terpaksa mengakui tiada sebarang kepastian untuknya terus
kekal menerajui kepimpinan negeri sekiranya Anwar Ibrahim berjaya memenangi
kerusi Dun Kajang kelak. Dia yang berkata ketika diwawancara oleh salah sebuah
portal pembangkang hanya mampu mengatakan 50-50.
"Dia (Anwar)
boleh cakap 'Saya perlukan awak' atau 'saya tak perlukan awak,” katanya seperti
yang dilaporkan oleh portal tersebut.
Walau bagaimanapun
menurut Khalid ia bergantung pada keputusan Sultan Selangor sama ada berkenan
untuk menerima sebarang cadangan untuk menukar Menteri Besar atau mengekalkan
yang lama. Ini kerana perlembagaan Selangor menyatakan Sultan mempunyai kuasa
istimewa untuk memilih calon sendiri walaupun calon yang dicadangkan mendapat
sokongan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Dalam erti kata sebenarnya
memang wujud cadangan untuk melantik Anwar sebagai Menteri Besar yang baru
sekiranya PKR berjaya mempertahankan kerusi Dun Kajang. Namun sama ada Anwar
mampu merealisasikan impian tersebut atau tidak bergantung pada perkenan
Sultan.
Persoalannya ialah
sampai bila rakyat ingin terus diperbodohkan dan ditipu oleh makhluk yang
bernama Anwar Ibrahim ini?
Ini kerana dia yang juga
merupakan Ketua Umum PKR sebelum ini menafikan akan dilantik sebagai Menteri
Besar Selangor yang baru. Menurutnya, segala dakwaan mengenainya adalah spekulasi
semata-mata.
"Ianya spekulasi semata-mata dan perkara ini telah berlarutan semenjak tahun 2008," katanya sebelum ini.
Persoalannya ialah, sekiranya
benar ia hanyalah spekulasi semata-mata, apa rasionalnya bekas Adun Kajang, Lee
Chin Cheh meletakkan jawatan? Untuk apa Anwar dipilih untuk bertanding sebagai
Adun di kawasan tersebut? Dan yang paling penting, mengapakah Khalid sendiri
seperti tidak pasti sama ada meneruskan tugasnya sebagai MB atau sebaliknya?
Kesimpulannya, Anwar sudah
berada di satu tahap yang selesa sehingga menyebabkan dia mula merasakan rakyat
adalah bodoh dan mudah terpedaya dengan segala kata yang keluar dari mulutnya. Apa
sahaja yang dilakukan olehnya tidak menjadi hal, kerana yang penting sebaik
sahaja dia membuka mulut semua akan ternganga dan memilih untuk mempercayainya
secara bulat-bulat.
Walaupun dengan menjadikan sistem
demokrasi negara ini seperti ‘sarkis’
Anwar yakin rakyat akan tetap memilih untuk percaya atau dalam bahasa mudah
dikenali sebagai MACAI (Mempercayai
Apasaja Cakap Anwar Ibrahim). Namun apa yang mereka tidak tahu ialah, Anwar
sebenarnya layak di angkat sebagai haiwan
politik (political animal) kerana sering berubah-ubah demi cita-citanya
untuk menjadi orang yang paling berkuasa di negara ini. Seperti kata orang, tak
dapat jadi Perdana Menteri, tapi dapat jadi Menteri Besar pun jadilah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan