Turut mengecam politik kotor penuh muslihat PKR ialah bekas mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Mohd Asri atau lebih dikenali dengan nama MAZA berkata tindakan meletakkan Anwar sebagai calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang menunjukkan PKR tidak sensitif.
Menurut beliau, jika benar PKR menggantikan Lee dengan Anwar semata-mata bagi menyelesaikan konfrantasi dalaman antara Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden parti Mohamed Azmin Ali, jelaslah PKR sanggup menggadai kepentingan rakyat demi beberapa individu.
“Kalau itu benar, mereka sanggup korbankan kepentingan rakyat daripada beberapa orang dalam parti,” kata MAZA seperti.
“PRK melibatkan perbelanjaan orang awam. Lama-lama nanti pilihan raya hanya akan jadi mainan,” tegas MAZA.
Kerusi DUN Kajang kosong setelah Lee meletak jawatan berkuatkuasa serta merta pada Isnin.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 Mei tahun lalu, Lee menang kerusi itu dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan