30 Januari 2014

Black Kecewa Gagal Sambar Vokal Terbaik?


Sebelum ini terdengar ura-ura mengatakan penyanyi bervokal hebat, Black Hanifah tersangat mengidam merangkul trofi Vokal Terbaik menerusi edisi ke 28 Anugerah Juara Lagu yang diadakan pada Ahad lalu.

Namun, seperti yang diketahui Jaclyn Victor telah berjaya memenangi trofi idaman semua penyanyi sekaligus memadam penguasaan tiga tahun Hafiz Suip dalam kategori tersebut.

Mengulas mengenai perkara itu, Black menjelaskan, “saya rasional dan dari awal lagi saya kena sedia dengan apa-apa keputusan. Kalau nak kata saya terkejut atau berubah air muka, bukan saya saja, tapi peserta lain juga”.

“Cuma kebetulan tumpuan diberikan kepada saya sebab saya dah cakap awal-awal nak menang. Memang saya sasarkan menang tapi saya juga bersedia dengan kemungkinan. Saya sudah melakukan sehabis baik sebab bukan senang untuk keluar (menyanyi) seorang tanpa bantuan peralatan atau gimik.

“Tapi saya sahut cabaran itu untuk tunjukkan aura dan kekuatan vokal saya. Saya tak harap apa-apa cuma saya cakap begitu sebab nak bagi saingan kuat saja. Kalah dan menang adat pertandingan,” ulasnya panjang lebar yang dipetik Harian Metro, hari ini.

Tak mengapalah Black, cuba lagi di masa hadapan, mungkin sudah tertulis bukan rezeki untuk anda mengondol trofi tersebut.

Yang penting teruskan usaha untuk memajukan industri seni tempatan dengan menghasilkan serta menyanyikan lagu-lagu berkualiti untuk menaikkan taraf penyanyi di Malaysia ini.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /