29 Januari 2014

BERSIH Kutuk Politik Kotor PKR



28 JAN: Biasanya yang kena hentam, kena kutuk, kena kritik adalah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetapi hari ini giliran Parti Keadilan Rakyat (PKR) dikecam oleh lawan malahan juga kawan.

Apa tidaknya, dalam pada riuh mendakwa SPR tidak telus, pada Selasa terbukti lagi sekali PKR yang tidak telus, malah menipu, membelakangkan kepentingan rakyat, memperbodohkan rakyat Selangor, khususnya mempersendakan kebijaksanaan pengundi di Kajang.



Badan bukan kerajaan (NGO) Gabungan Pilihanraya Bebas dan Adil (BERSIH 2.0) yang sejak sekian lama memperjuangkan pilihan raya yang bersih, bebas, telus dan adil bersama PKR yang hari ini kenal siapa sebenarnya yang berjuang bersama mereka.

Maria-ChinJawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 yang diketuai Maria Chin Abdullah tampil dengan kenyataan bersama mengecam tindakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Kajang, Lee Chin Cheh meletak jawatan secara tiba-tiba tanpa sebarang alasan munasabah.

Sambil menyifatkan Lee mengkhianati pengundinya, BERSIH 2.0 berpendapat alasan yang diberikan iaitu demi kepentingan politik dan memperkukuhkan kedudukan PKR di Selangor mencerminkan pertimbangan parti berkenaan sangat lemah.

“Perletakan jawatan Lee adalah merupakan pengkhianatan amanah rakyat kerana kurang daripada lapan bulan yang lalu, rakyat di Kajang mengundinya dengan harapan beliau akan kekal menjadi wakil mereka untuk tempoh lima tahun,” kata gabungan itu pada Selasa.

Lebih mengecewakan tindakan Lee mendapat restu PKR, kata kenyataan BERSIH 2.o itu lagi.

“Adalah amat mengejutkan kerana PKR bersetuju dengan peletakan jawatan Lee malah menamakan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon pilihan raya kecil itu nanti. Ini satu bentuk politik kotor yang patut dikutuk,” katanya.

Tambah BERSIH 2.0 lagi, tanggungjawab seorang wakil rakyat adalah memberikan khidmat kepada pengundinya dan bukan semata-mata terhadap parti yang diwakili.

“Jelas perletakan jawatan Lee tidak mengutamakan kepentingan rakyat terlebih dahulu,” kata BERSIH 2.0.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
\ /